Meresam Penganan terus nikmati pembangunan
Kerajaan GPS melaksanakan pelbagai projek untuk memastikan pedalaman tidak ketinggalan
LIMBANG: Penduduk di kawasan Meresam Penganan terus menikmati pelbagai pembangunan termasuk bantuan pembelian atap di Rumah Suring dengan kos RM69,000 daripada kerajaan persekutuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, penduduk di kawasan sama juga menerima manfaat projek pembinaan jalan
ADUN Batu Danau
penghubung di bawah projek Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) membabitkan peruntukan berjumlah RM100,000 pada 2020.
“Peruntukan juga disalurkan kepada kampung tersebut untuk keperluan membeli pam air bagi kemudahan penduduk kampung semasa musim kemarau di bawah Pusat Khidmat kita di Batu Danau.
“Manakala bagi 2021 pula, sejumlah RM10,000 disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan RM3,000 kepada Biro Wanita kampung tersebut,” katanya pada penyerahan bantuan
“
Peruntukan juga disalurkan kepada kampung tersebut untuk keperluan membeli pam air bagi kemudahan penduduk kampung semasa musim kemarau di bawah Pusat Khidmat kita di
”
Batu Danau.
Paulus Palu Gumbang
atap rumah kepada 23 ketua isi rumah/pintu di Meresam Penganan semalam.
Mengiringi beliau ialah Timbalan Pengerusi SADIA
Cawangan Limbang mewakili Pusat Khidmat Ahli Parlimen Limbang Jangan Bakar, Pegawai Khas Paulus Jimmy Ngindang Bau dan Pengerusi JKKK Kampung Meresam Penganan Tuai Suring Auai.
Paulus berkata lagi, kerajaan negeri yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sangat prihatin terhadap keperluan rakyat di pedalaman.
“Inisiatif-inisiatifyangdilaksanakan
Ketua Menteri adalah bertunjangkan pembangunan tuntas dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
“Ini jelas melalui peruntukan projek-projek rakyat, projek kecil luar bandar (MRP) dan RTP yang disalurkan kepada setiap ADUN di Sarawak.
“Melalui peruntukan dan projek-projek ameniti sosial yang dilaksanakan ini telah banyak mengubah landskap sekaligus menyediakan fasiliti kepada penduduk di kawasan luar bandar,” jelasnya.
Justeru katanya, penduduk kampung perlu terus menyokong dan sentiasa memberikan kerjasama terhadap kepimpinan Ketua Menteri serta sokongan kepada kerajaan GPS.
Menurutnya, dakyah yang menafikan perubahan dan pembangunan di DUN Batu Danau adalah propaganda yang cuba mengaburi mata rakyat semata-mata.
Dalam pada itu kata Paulus, program imunisasi COVID19
akan dilakukan mengikut fasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Penduduk kampung perlu mengambil peluang tersebut demi mengekang penularan COVID-19 dan jaminan kesihatan.
“Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan vaksinasi membahayakan kesihatan adalah tidak benar kerana vaksinasi ini telah diuji dan melalui beberapa proses kajian sebelum digunakan,” ujarnya.