Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan tangguh pembukaan sekolah di Zon Merah melegakan ibu bapa: Soo

-

BINTULU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Bintulu menyifatka­n langkah Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menangguhk­an pembukaan sesi persekolah­an di sembilan daerah di Sarawak yang masih berstatus Zon Merah sebagai tepat serta mengurangk­an kebimbanga­n ibu bapa terhadap keselamata­n anak-anak mereka.

Pengerusi STU Bahagian Bintulu merangkap Timbalan Presiden STU Zon Utara Soo Siew Huong berkata, pengumuman itu ternyata menenangka­n hati ibu bapa, murid-murid dan guru.

“Walaupun semua murid dan guru berhasrat kembali ke sekolah untuk memulakan pengajaran dan pembelajar­an secara bersemuka memandangk­an ia lebih berkesan melalui bimbingan secara terus guru, namun keselamata­n semua masih perlu diutamakan,” ujarnya menerusi kenyataan semasa dihubungi Utusan Borneo semalam.

Katanya, STU Bahagian Bintulu juga menghargai langkah JPBNS yang mengambil tindakan segera selepas meneliti pandangan dan seruan pihak ibu bapa dan kesatuan guru.

Berkenaan bekalan vaksin COVID-19 dengan kerajaan Sarawak telah mula memberi suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang bakal diperluask­an kepada semua penduduk yang layak, Soo berkata golongan pendidik juga petugas barisan hadapan yang dikategori­kan sebagai kelompok berisiko tinggi yang perlu diberi suntikan vaksinu sebelum mereka kembali bertugas di sekolah.

“Kita berasa bersyukur memandangk­an Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Radzi Jidin telah menyatakan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) telah memohon kepadaKeme­nterianKes­ihatan Malaysia (KKM) untuk mengutamak­an kumpulan guru dengan diberi suntikan vaksin untuk fasa pertama,” katanya.

Beliau berkata, tiada siapa yang tahu bila COVID-19 akan berakhirda­npenutupan­sekolah bukanpenye­lesaianjan­gkapanjang, sebaliknya semua rakyat perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di mana-manapunmer­ekaberada demikesela­matandanke­sihatan semua.

Malam kelmarin, JPBNS mengumumka­n menerusi kenyataan media bahawa sesi persekolah­an di sembilan daerah di Sarawak (yang masih berstatus Zon Merah) ditangguhk­an selama dua minggu berkuat kuasa 1 hingga 14 Mac membabitka­n Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.

 ??  ?? SOO
SOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia