Utusan Borneo (Sarawak)

Tangguh pembukaan sekolah di Zon Merah keputusan tepat: STU

Pengumuman JPBNS mengambil kira keselamata­n semua pihak

- Oleh Agnes Tugong

Ini pastinya memberi kelegaan kepada ibu bapa, murid dan guru khususnya mereka yang berada di

” kawasan tidak selamat.

KUCHING: Keputusan penangguha­n pembukaan sesi persekolah­an melibatkan Zon Merah di negeri ini sehingga 14 Mac adalah tepat.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Adam Prakash Abdullah berkata, kesatuan menyambut baik pengumuman dibuat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu.

“Ini merupakan keputusan yang tepat dan telah mengambil kira keselamata­n semua pihak yang terlibat dalam persekolah­an.

“Ini pastinya memberi kelegaan kepada ibu bapa, murid dan guru khususnya mereka yang berada di kawasan tidak selamat,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Adam, kesatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan JPBNS kerana

Adam Prakash Abdullah

mempertimb­angkan rayuan guru dan ibu bapa agar pembukaan sekolah di kawasan kurang selamat ditangguhk­an.

Pada masa yang sama, kesatuan berharap semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan murid menggunaka­n peluang ini untuk terus menyertai pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR) agar tidak

Presiden STU

ketinggala­n.

STU turut menghargai usaha JPBNS mewujudkan jawatankua­sa di bawah Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak (MESTR) bersama JPNS bagi memastikan sesi persekolah­an di seluruh negeri Sarawak dapat berjalan dengan lancar dan selamat.

Kesatuan katanya, akan sentiasa menyokong usaha murni JPNS dan MESTR ini dalam membantu dan menjaga kebajikan para guru di Sarawak.

Keputusan menangguhk­an pembukaan sesi persekolah­an dibuat JPBNS semalam atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) melibatkan daerah Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.

Penangguha­n dibuat bagi tempoh selama dua minggu berkuat kuasa 1 hingga 14 Mac 2021.

JPBNS juga telah mewujudkan satu jawatankua­sa di bawah MESTR bersama JPBNS bagi memastikan sesi persekolah­an di seluruh negeri Sarawak dapat berjalan dengan lancar dan selamat.

 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia