Utusan Borneo (Sarawak)

SDEA Cawangan Sibu beri insentif kepada pelajar asrama duduki SPM

-

SIBU: Persatuan Pendidik Dayak Sarawak (SDEA) Cawangan Sibu telah menjalanka­n amanahnya dengan memberikan insentif kepada pelajar asrama yang menduduki SPM 2020 pada 23 Februari lalu di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, Tingkat 6, Wisma Persekutua­n Sibu di sini.

Menurut kenyataan media SDEA Cawangan Sibu semalam, majlis tersebut disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba.

Dalam ucapannya, Ahli berkata, usaha murni SDEA ini amat bermakna buat pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan untuk membeli barang keperluan seperti alat tulis bagi menduduki peperiksaa­n SPM 2020 ini.

Beliau turut berasa bangga dengan keprihatin­an SDEA Cawangan Sibu terhadap kebajikan pelajar asrama di daerah ini.

Sementara itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Pengerusi SDEA Cawangan Sibu merangkap Timbalan Presiden SDEA Negeri yang diketuai oleh Aphong Entri dan ahli-ahlinya termasuk Setiausaha SDEA Negeri Lolita Jimmy Jalil, Bendahari SDEA Negeri Harvard Nupe, Penolong Bendahari SDEA Negeri David Fabian dan Bendahari SDEA Cawangan Sibu Sumbang Unjong.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Jawatankua­sa

SDEA Cawangan Sibu Puten Gaong dan Joanes Tulang.

Sekolah-sekolah yang menerima insentif tersebut ialah SMK Bawang Assan (18 pelajar), SMK Durin (38), SMK Jalan Oya (12), SMK Luar Bandar Sibu No.1 (69) dan SMK Rosli Dhoby (6).

Dalam perkembang­an berkaitan, Aphong berkata persatuan itu mengadakan pelbagai aktiviti setaip tahun untuk meningkatk­an tahap pendidikan pelajar Dayak di Sibu.

Buat masa ini jelasnya, banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan disebabkan pandemik COVID-19.

“SDEA Cawangan Sibu amat berbesar hati kepada pihak PPD Sibu khasnya Ahli kerana sentiasa menyokong usaha murni persatuan ini meningkatk­an kualiti pendidik dan pendidikan masyarakat Dayak di Sibu,” tambahnya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para pengetua dan wakil sekolah yang menerima insentif merakamkan kenangan bersama Ahli (duduk, dua kanan), Aphong (duduk, kiri) serta yang lain.
UNTUK ALBUM: Para pengetua dan wakil sekolah yang menerima insentif merakamkan kenangan bersama Ahli (duduk, dua kanan), Aphong (duduk, kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia