Utusan Borneo (Sarawak)

Warga 9 Briged sambut Hari Tentera Darat Ke-88

-

SIBU: Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Shamshor Jaafar bersama warga 9 Briged menunaikan solat Jumaat dan mengikuti khutbah khas sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-88 di Masjid Al Mujahid, Kem RASCOM, kelmarin.

Khutbah khas yang bertajuk ‘Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara’ disampaika­n oleh Pegawai Staf Agama Markas 9 Briged Mejar Rozali Jaafar.

Inti pati khutbah tersebut menekankan aspek Tonggak Kelima dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke28 iaitu ‘Peningkata­n Hubungan Tentera Darat Dengan Awam’ yang mana kerjasama agensi awam dan rakyat perlu diteruskan dalam menangani cabaran COVID-19.

Selain itu, ia menyentuh mengenai jasa dan pengorbana­n sepanjang 88 tahun Tentera Darat melaksanak­an tanggungja­wabnya mempertaha­nkan kedaulatan negara yang merupakan tanggungja­wab yang amat mulia di sisi agama dan masyarakat.

Pada masa sama, turut diadakan Sembahyang Perdana Agama Kristian yang melibatkan pegawai dan anggota beragama Kristian di Gereja Chapel, Kem Oya Rejimen Renjer Diraja (3 RRD).

Majlis tersebut berlangsun­g dengan pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan.

 ??  ?? PATUH SOP: Pegawai dan anggota 3 RRD yang menyertai Sembahyang Perdana Agama Kristian di Sibu.
PATUH SOP: Pegawai dan anggota 3 RRD yang menyertai Sembahyang Perdana Agama Kristian di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia