Utusan Borneo (Sarawak)

Rata-rata penduduk Blok C Kampung Haji Baki teruja untuk terima vaksin

-

KUCHING: Rata-rata penduduk Blok C Kampung Haji Baki teruja untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Rabu lalu, penduduk berkenaan menyerah borang pendaftara­n vaksin COVID-19 kepada Ketua Kaum Kampung Haji Baki Rosli Ahmad Darus.

Borang berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Haji Baki Fadillah Sulaiman ditemani bersama dua ahli JKKK Blok C kampung berkenaan.

“Majoriti penduduk Blok C kampung ini tidak sabar untuk menerima suntikan vaksin kerana mahu bebas daripada COVID-19 dan tidak terdapat jangkitan lagi selepas ini.

“JKKK juga sudah mengagihka­n borang pendaftara­n penerima vaksin kepada penduduk bermula 18 Februari lalu.

“Ada di kalangan penduduk kampung yang takut untuk mendapatka­n suntikan vaksin berkenaan kerana khuatir tahap kesihatan mereka akan lebih mudarat dan JKKK tidak akan memaksa penduduk yang enggan berbuat demikian,” tambahnya.

Blok C kampung berkenaan mempunyai seramai 149 pintu rumah dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan untuk mendapatka­n suntikan berkenaan sepertiman­a yang disarankan kerajaan, ujarnya.

 ??  ?? KAMI SEDIA: Rosli (dua kiri) menerima borang pendaftara­n vaksin COVID-19 daripada Fadillah (kanan) dan ahli JKKK yang lain.
KAMI SEDIA: Rosli (dua kiri) menerima borang pendaftara­n vaksin COVID-19 daripada Fadillah (kanan) dan ahli JKKK yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia