Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksin COVID-19 keluaran Sinovac tiba di Malaysia

-

SEPANG: Malaysia semalam menerima vaksin COVID19 keluaran Sinovac yang diterbangk­an dari Beijing, China menerusi penerbanga­n Malaysia Airlines MH319.

Pesawat Airbus 330-300 dengan hiasan Jalur Gemilang yang membawa envirotain­er mengandung­i vaksin COVID-19 dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter itu, mendarat pada kira-kira jam 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Vaksin COVID-19 yang dibangunka­n firma farmaseuti­kal China, Sinovac itu diangkut menggunaka­n pesawat Passenger-to-Cargo (PC2) iaitu pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmat­an kargo, boleh diproses menjadi lebih 300,000 dos untuk keperluan Malaysia.

Ketibaan pesawat itu disambut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut serta ialah Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Pesawat tersebut yang menggunaka­n kod MH318 berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Beijing pada 7.05 malam kelmarin (Jumaat) untuk mengambil vaksin berkenaan.

Sebaik pintu kargo pesawat dibuka, envirotain­er iaitu bekas khas yang mengandung­i vaksin jenis Sinovac dan berkemampu­an mengekalka­n suhu kandungan antara 2 ke 8 darjah Celsius itu dibawa turun menggunaka­n jumbo container pallet loader sebelum dipindahka­n ke dolly dan dibawa ke kawasan i-Secure.

Ouyang kemudianny­a menyerahka­n satu kotak putih yang secara simbolikny­a mengandung­i vaksin jenis Sinovac kepada Ismail Sabri.

Sejurus acara simbolik itu, envirotain­er itu diperiksa pasukan pengendali­an vaksin MASkargo untuk dipastikan bekas itu masih dalam suhu yang ditetapkan selain perlu memastikan tiada kerosakan berlaku kepada bekas seperti kemek dan bocor.

Selesai pemeriksaa­n, envirotain­er itu dipindahka­n ke lori trak syarikat Pharmaniag­a dengan diiringi Polis Diraja Malaysia untuk ke lokasi penyimpana­n vaksin yang ditetapkan.

Perjalanan vaksin Sinovac dari kilang Sinovac di Beijing diuruskan oleh Sinovac dan Pharmaniag­a Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global.

Pada 13 Januari lepas, Pharmaniag­a mengumumka­n telah menandatan­gani perjanjian dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarka­n 14 juta dos vaksin COVID-19.

Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter pada 19 Februari lepas berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) masih dalam proses menilai data klinikal Sinovac.

Vaksin Sinovac telah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negara termasuk Brazil, Turki dan Indonesia.

Pada Ahad lepas (21 Februari), Malaysia menerima vaksin COVID-19 yang pertama dari jenis PfizerBioN­Tech sebanyak 312,390 dos dan KLIA adalah antara pintu masuk utama kedatangan vaksin berkenaan, selain Johor dan Pulau Pinang.

Pada Rabu lepas (24 Februari), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara individu terawal yang menerima suntikan vaksin berkenaan, sekali gus menandakan bermulanya PICK.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.

 ?? — Gambar Bernama ?? KETIBAAN: Malaysia semalammen­erima vaksin COVID-19 keluaran Sinovac yang diterbangk­an dari Beijing, China menerusi penerbanga­n Malaysia Airlines MH319.
— Gambar Bernama KETIBAAN: Malaysia semalammen­erima vaksin COVID-19 keluaran Sinovac yang diterbangk­an dari Beijing, China menerusi penerbanga­n Malaysia Airlines MH319.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia