Utusan Borneo (Sarawak)

Anjur kelas seramik jana pendapatan sampingan akibat COVID-19

-

LANGKAWI: Seramik hasil tangan Mohammad Radzi Ismail menjadi pilihan hampir semua hotel mewah di pulau peranginan bebas cukai ini, namun akibat pandemik COVID-19 perniagaan yang diusahakan­nya sejak tahun 2010 turut terjejas.

Tidak mahu mengeluh dengan keadaan tersebut, pemilik Ilham Ceramic Studio berusia 39 tahun ini pantas mencari alternatif menjana pendapatan sampingan, kini tampil menawarkan kelas pembuatan seramik.

“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu, jumlah kehadiran pelancong ke pulau ini turun mendadak sekali gus memberi kesan kepada permintaan produk seramik yang saya hasilkan seperti cenderahat­i dan tableware.

“Kemudian timbul idea kemahiran sudah ada, kenapa tidak saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat? Alhamdulil­lah sejak dibuka, kelas seramik ini sudah mempunyai 30 pelajar, ratarata merupakan penduduk tempatan selain pelancong yang bermastaut­in di pulau ini,” kata anak jati Langkawi ini kepada Bernama.

Memiliki bengkel dan ruang pameran di Kampung Bendang Baru, Mohammad Radzi, lulusan Ijazah Sarjana Seni Halus dan Teknologi Seramik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ini berkata, setiap pelajar kelas tersebut akan dilatih memahirkan diri menguasai teknik seperti picitan, kepingan dan lingkaran untuk menghasilk­an seramik.

“Setiap pelajar akan menghadiri kelas selama dua jam, dua kali seminggu. Saya turut dibantu seorang pekerja Mohd Zulkarnain Ramli, 28, yang juga lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Seramik) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk melatih pelajar dalam kelas ini,” katanya.

Bercerita mengenai keistimewa­an seramik buatan tangan yang dihasilkan­nya sehingga mendapat permintaan hotel mewah, Mohammad Radzi berkata setiap reka bentuk yang dihasilkan adalah eksklusif untuk hotel tersebut sahaja.

“Contohnya, ada sembilan hotel yang menempah barangan tableware dari Ilham Ceramic Studio, setiap tempahan yang dibuat tidak sama antara satu sama lain.

“Setiap hotel mahukan reka bentuk tersendiri untuk menjaga nilai eksklusif setiap barangan yang ditempah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia