Utusan Borneo (Sarawak)

45,000 sukarelawa­n ABC-19 dekati komuniti kekang penularan COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Seramai 45,000 sukarelawa­n Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) daripada 605 lokaliti seluruh negara turut serta memberi pendidikan kepada masyarakat setempat untuk membantu mengekang penularan pandemik COVID-19.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Persediaan Bencana), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jamil Derus Ahmad berkata, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan membantu pergerakan sukarelawa­n yang terdiri daripada pemimpin setempat dan anggota masyarakat.

Menurutnya, peranan ABC-19 ini sebagai ejen perubahan dalam tingkah laku masyarakat dilihat lebih berkesan dalam memberi nasihat kepada komuniti setempat dengan melibatkan individu dikenali.

“Pembabitan sukarelawa­n ini bukan kerahan tenaga tetapi kita mahu menggerakk­an semua lapisan masyarakat untuk bersama memerangi COVID-19.

“Ini tugasan baharu ABC19 kerana selain memberi kesedaran, ejen ini juga akan memastikan anggota komuniti mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan penjelasan mengenai pengambila­n suntikan vaksin,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, malam kelmarin.

Agen ABC-19 merupakan inisiatif terkini kerajaan dalam memastikan masyarakat di negara ini terhindar daripada jangkitan COVID19 serta turut memberi penerangan mengenai suntikan vaksin.

Jamil Derus berkata, pihaknya optimis program itu akan memberi kesan yang lebih efektif susulan pendekatan yang digunakan menjurus kepada menyedarka­n masyarakat mengenai tanggungja­wab menjaga keselamata­n dan kesihatan dalam komuniti.

Beliau berkata, walaupun program itu dilaksanak­an awal Febuari lepas, sambutan daripada sukarelawa­n mengalakka­n dan bilangan penyertaan dijangka bertambah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia