Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan di kapal milik Israel di Teluk Oman

-

DUBAI: Sebuah kapal Israel dalam perjalanan dari Arab Saudi ke Singapura telah terkena satu letupan di Teluk Oman, menurut kumpulan keselamata­n maritim dan pemiliknya kelmarin.

Kapal pengangkut kenderaan MV Helios Ray “mengalami satu letupan di Teluk Oman”, kata kumpulan keselamata­n maritim Dryad Global.

Kapal itu difahami sebagai dalam perjalanan dari Dammam, sebuah bandar pelabuhan di Wilayah Timur, Arab Saudi, ke Singapura ketika letupan berlaku pada Khamis, barat laut Oman, menurutnya.

“MV HELIOS RAY dimiliki oleh HELIOS Ltd, sebuah syarikat Israel yang berdaftar di Isle of Man,” tambahnya.

Pemilik kapal, ahli perniagaan Israel Rami Ungar, telah mengesahka­n letupan dalam kenyataan kepada televisyen negara Kan di Israel dan menyatakan ia menyebabka­n beberapa kerosakan.

“Kerosakan adalah dua buah lubang sepanjang kirakira satu setengah meter (lima kaki) bagi diameterny­a,” kata beliau, tanpa menjelaska­n, menurut kepada Kan.

“Namun ia masih belum jelas bagi kami sama ada ia adalah berpunca dari tembakan misil atau periuk api yang diletakkan pada kapal,” tambah beliau.

“Kami tiada idea sekiranya ini adalah satu insiden yang merupakan sebahagian dari ketegangan di antara Iran dan Amerika Syarikat serta sekiranya ia dan kaitan dengan kenyataan bahawa pemilik kapal adalah rakyat Israel.”

Ungar menyatakan terdapat tiada kematian di kalangan kru dan tiada kerosakan pada bahagian enjin, lapor Kan.

Pihak penyiaran negara Israel menyatakan kapal itu membawa kereta dari

Dammam ke Singapura ketika letupan berlaku.

Dryad menyatakan ia kelihatan kapal telah pulang ke pelabuhan asalnya.

Namun menurut laporan Kan, Ungar menyatakan kapal itu menuju ke Emiriah Arab Bersatu, di mana ia dijangka akan tiba pada pagi Sabtu bagi menjalani pemeriksaa­n.

Israel menjalin semula hubungan pada tahun lepas dengan UAE, satu tindakan diikuti oleh negara teluk lain Bahrain.

United Kingdom Maritime Trade Operations (UKMTO) turut melaporkan letupan tersebut dan menyatakan anggota kru berada dalam keadaan selamat, sambil menambah bahawa satu siasatan mengenai insiden sedang dilakukan.

Laman sesawang The Marine Traffic menyatakan kapal yang didaftarka­n di Bahamas telah meninggalk­an Dammam pada Rabu lepas dan dijangka akan tiba di Singapura pada minggu hadapan.

Dryad mencadangk­an Iran sebagai dalang di sebalik letupan, menjelaska­n insiden muncul ketika ketegangan yang meningkat di antara Israel dan republik Islamik.

“Ketika maklumat berkaitan dengan insiden masih belum jelas, ia masih satu kemungkina­n yang realistik bahawa kejadian itu adalah kesan dari aktiviti oleh pihak tentera Iran,” menurutnya lagi.

“Ketegangan di antara Israel dan Iran masih serius, terutama dengan petanda yang bertambah bagi perhubunga­n baik di antara Iran dan pentadbira­n Biden,” tambah Dryad.

“Iran turut semakin digeruni dengan hubungan yang bertambah baik di antara Israel dan negara-negara teluk.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia