Utusan Borneo (Sarawak)

Mexico nafi kematian lelaki Poland akibat pengambila­n organ

-

KOTA MEXICO: Pihak pendakwa raya Mexico kelmarin menafikan laporan bahawa seorang lelaki Poland berusia 20 tahun telah ditemui meninggal dunia di dalam sebuah apartmen berhampira­n ibu negara sebagai mangsa bagi pengambila­n organ.

Pejabat peguam negara di Negeri Mexico menyatakan ia telah melancarka­n siasatan pada 14 Februari selepas pihak polis melaporkan penemuan mayat tersebut.

“Analisis pakar setakat ini membongkar bahawa kematian adalah akibat dari keracunan karbon monoksida,” menurut satu kenyataan, sambil menambah bahawa mayat tidak mempunyai sebarang luka dalaman.

Ia menyatakan ia “memutuskan dari segi kategori bahawa kematian pemuda itu adalah berkaitan dengan penyeludup­an organ.” Seorang lelaki Poland kedua ditemui di dalam apartmen yang sama telah dibawa ke hospital dengan disyaki keracunan karbon monoksida serta keadaan beliau telah bertambah baik, tambahnya lagi.

Kementeria­n luar negara Mexico turut mengeluark­an satu kenyataan menyatakan bahawa terdapat tiada kenyataan bahawa kematian tersebut “dalam mana-mana cara berkaitan dengan pengambila­n atau penyeludup­an organ seperti mana yang dilaporkan oleh pelbagai media.”

Menteri Kehakiman Poland Zbigniew Ziobro berkata, di dalam Twitter pada Khamis lepas bahawa beliau telah meminta pihak pendakwa raya di negaranya untuk menyiasat apa yang beliau katakan sebagai pembunuhan seorang pemuda Poland di Mexico dan cubaan membunuh seorang rakyat kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia