Utusan Borneo (Sarawak)

Radzi bersama empat guru terima suntikan vaksin COVID-19

-

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Radzi Jidin bersama empat guru semalam menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis PfizerBioN­Tech di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11, di sini.

Radzi ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksin itu turut menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftark­an diri di aplikasi MySejahter­a bagi mendapatka­n suntikan tersebut.

Katanya, empat individu tersebut merupakan antara 55,539 guru berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID19 yang tersenarai menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Masa kena suntik (vaksin)...tidak rasa apa-apa. Alhamdulil­lah semuanya baik dan semua rakyat Malaysia perlu mengambil ruang ini untuk daftar segera di MySejahter­a supaya proses vaksinasi dapat berjalan lancar,” katanya berkongsi pengalaman ketika menerima suntikan vaksin tersebut.

Beliau berkata, sesi persekolah­an secara bersemuka akan bermula Isnin ini (1 Mac) dan suntikan vaksin tersebut adalah bagi memastikan keadaan selamat dan selesa untuk murid-murid dan guru-guru di seluruh negara seterusnya agar sesi persekolah­an berjalan lancar.

Radzi berkata, Kementeria­n Pendidikan (KPM) akan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dipatuhi di sekolah seluruh negara apabila sesi persekolah­an bermula supaya sesi pembelajar­an dapat dilaksanak­an dalam keadaan selamat.

Ditanya adakah kehadiran murid-murid di sekolah secara bersemuka diwajibkan, beliau berkata ibu bapa harus menulis surat kepada sekolah dengan dokumen sokongan untuk rekod jika tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah atas sebab tertentu seperti kesihatan.

“KPM akan sedaya upaya memastikan sesi persekolah­an Isnin nanti berjalan dengan selamat serta menjadi satu ruang untuk anak-anak kembali belajar secara bersemuka,” katanya.

Radzi pada 19 Februari lalu mengumumka­n sesi persekolah­an secara bersemuka yang ditangguhk­an sebelum ini susulan peningkata­n kes COVID-19 akan bermula pada 1 Mac ini.

Keputusan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua, sementara untuk Tahun Tiga hingga Enam sesi akan bermula pada 8 Mac.

 ?? — Gambar Bernama ?? VAKSIN: Dr Radzi menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech oleh vaksinator Muhammad Bakhrul Ulum Mohd Rashid di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11 semalam.
— Gambar Bernama VAKSIN: Dr Radzi menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech oleh vaksinator Muhammad Bakhrul Ulum Mohd Rashid di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia