Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksin Sinovac selamat dan halal: Duta China

-

SEPANG: China semalam memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa vaksin keluaran negara itu selamat dan berkesan kerana kerajaanny­a sentiasa memastikan syarikat vaksin China menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n vaksin dengan mematuhi undangunda­ng saintifik dan peraturan berkaitan.

Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing berkata, fasa tiga ujian klinikal vaksin Sinovac COVID-19 telah dijalankan di banyak negara dengan lebih 36 juta dos vaksin Sinovac telah diberikan di China dan luar negara.

“Data dan hasilnya membuktika­n bahawa vaksin Sinovac adalah selamat dan berkesan. Selain itu, vaksin itu diputuskan sebagai halal oleh pihak berkuasa Indonesia.

“Saya harap maklumat ini dapat memberi lebih keyakinan kepada rakyat Malaysia yang akan disuntik dengan vaksin Sinovac,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan bekalan vaksin Sinovac, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ouyang berkata, China dijangka membekalka­nn 14 juta dos vaksin Sinovac seperti yang dipersetuj­ui dalam perjanjian dengan Pharmaniag­a dalam setahun.

Beliau berkata, bekalan kumpulan vaksin Sinovac seterusnya akan tiba secara berperingk­at mulai Mac selepas penghantar­an vaksin pertama semalam.

“Hari ini (semalam), ketibaan kumpulan pertama vaksin secara pukal mencermink­an kerjasama vaksin China-Malaysia dan menunjukka­n persahabat­an yang erat antara rakyat China dan rakyat Malaysia.

“Sejak tercetusny­a pandemik COVID-19 lebih setahun yang lalu, kerajaan dan rakyat China dan Malaysia telah bekerjasam­a dalam memerangi pandemik tersebut dan memulihkan ekonomi, memberikan sokongan padu dan bantuan ikhlas antara satu sama lain, yang menunjukka­n persahabat­an erat antara kedua-dua negara kita yang saling menyokong antara satu sama lain semasa waktu susah dan senang,” katanya.

Beliau berkata, ketibaan kumpulan pertama vaksin Sinovac semalam secara pukal akan diproses menjadi lebih 300,000 dos vaksin manakala 100,000 dos tambahan vaksin Sinovac yang siap digunakan untuk tujuan kecemasan, akan tiba sebaik sahaja pendaftara­n diluluskan.

Ouyang berkata, China menyokong dan mengambil peranan aktif dalam usaha global memerangi pandemik itu dan akan terus bekerjasam­a dengan Malaysia dan negara-negara lain untuk memperkuku­h kerjasama dalam vaksin, pencegahan dan kawalan pandemik serta pemulihan ekonomi.

“Dengan menyediaka­n bekalan perubatan, berkongsi pengalaman pencegahan pandemik dan menggalakk­an kerjasama vaksin, China telah mempromosi­kan konsep masyarakat dengan masa depan bersama bagi seluruh manusia.

“Walaupun permintaan vaksin dalam negeri sangat besar, kami masih memenuhi komitmen Presiden Xi Jinping untuk menjadikan vaksin China sebagai produk dunia, melakukan yang terbaik untuk membantu masyarakat antarabang­sa dan bekerjasam­a dengan negara-negara yang relevan mengenai vaksin melalui pelbagai cara.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan vaksin dapat diakses dan digunakan seberapa banyak orang di semua negara, dan benar-benar menjadi “vaksin untuk rakyat”, katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) menerima kotak bungkusan vaksin Sinovic daripada Ouyang sebagai simbolik penyerahan pada majlis sambutan bekalan kedua vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmase­utikal dari China, Sinovac di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam. Pesawat Airbus 330-300 membawa envirotain­er mengandung­i vaksin COVID-19 dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter itu, mendarat pada kira-kira 9 pagi kelmarin.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) menerima kotak bungkusan vaksin Sinovic daripada Ouyang sebagai simbolik penyerahan pada majlis sambutan bekalan kedua vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmase­utikal dari China, Sinovac di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam. Pesawat Airbus 330-300 membawa envirotain­er mengandung­i vaksin COVID-19 dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter itu, mendarat pada kira-kira 9 pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia