Utusan Borneo (Sarawak)

Adham sihat, bertugas seperti biasa selepas 48 jam disuntik vaksin

-

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata beliau berada dalam keadaan sihat selepas dua hari menerima suntikan vaksin COVID-19 dan bertugas seperti biasa di pejabatnya semalam.

Dalam hantaranny­a di laman Facebook beliau semalam, Dr Adham berkongsi gambar beliau bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah berada di pejabat pagi semalam.

“Alhamdulil­lah kami berada dalam sihat walafiat selepas 48 jam disuntik vaksin COVID-19. Kami dan seluruh warga kerja KKM akan terus berjuang serta berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menghentik­an penularan COVID-19.

“Bersama kita mainkan peranan,” kata Dr Adham.

Dr Adham, Mohd Shafiq bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta tiga petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada 25 Feb lepas di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11. Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan bermula 24 Feb lepas dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani proses vaksinasi terawal bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas barisan hadapan.

Program bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ itu dilaksanak­an dalam tiga fasa, dengan Fasa 1 digerakkan dari Februari hingga April untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Fasa 2 bermula April hingga Ogos membabitka­n kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas termasuk warganegar­a dan bukan warganegar­a dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Program itu adalah memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia