Utusan Borneo (Sarawak)

Tuchel nantikan kunjungan Reds Devils

Pengurus Chelsea itu mendedahka­n beliau berasa seperti dalam ‘tempat gelap’ selepas Man United menewaskan PSG ketika beliau menjadi jurulatih kelab Ligue 1 Perancis itu

-

LONDON: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mendedahka­n beliau berasa seperti dalam ‘tempat gelap’ selepas Manchester United menewaskan Paris Saint Germain (PSG) dari Liga Juara-Juara ketika beliau menjadi jurulatih kelab Ligue 1 Perancis itu.

Tuchel mempunyai peluang menebus kekecewaan itu apabila menanti kunjungan United di Stamford Bridge pada perlawanan penting Liga Perdana Inggeris hari ini.

Ia merupakan kali kelima dalam tempoh dua tahun di mana Tuchel berdepan dengan United.

Pengurus berusia 47 tahun it masih memiliki kesan mental dari kekalahan mengecewak­an PSG kepada United pada 2019.

Selepas menang 2-0 pada perlawanan pertama di Old Trafford, PSG tersentak di Parc des Princes tiga minggu kemudian apabila bolos penalti minit kecederaan untuk tewas 1-3 dan tersingkir di pusingan kedua kejohanan berdasarka­n peraturan gol tempat lawan.

“Saya boleh bersikap jujur, selepas perlawanan itu, saya berada di tempat yang sangat gelap selama dua hari dan saya boleh memberitah­u anda bahawa saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa pun dan untuk memikirkan perkara lain selain dari kekalahan ini,” kata Tuchel.

“Ia mungkin kekalahan terburuk yang pernah saya alami kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Ia, dalam satu cara ia berlaku. Saya berada dalam tempoh yang gelap selama dua hari.”

Ia kekal satu-satu masa untuk bekas jurulatih Borussia Dortmund itu berasa di tahap paling rendah selepas kekalahan itu tetapi mengakui ia terbukti satu proses pembelajar­an yang penting.

PSG dapat bangkit selepas

“Saya boleh bersikap jujur, selepas perlawanan itu, saya berada di tempat yang sangat gelap selama dua hari dan saya boleh memberitah­u anda bahawa saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa pun dan untuk memikirkan ” perkara lain selain dari kekalahan ini. Thomas Tuchel Pengurus Chelsea

itu dan memenangi Ligue 1 sebelum Tuchel membimbing pasukan ke final Liga Juara-Juara dengan menewaskan Bayern Munich pada musim lepas.

“Saya tidak merasai apaapa seperti itu lagi atau sebelumnya,” kata Tuchel.

“Ia adalah satu keadaan, dalam perlawanan ini, bagaimana kami tiba, tekanan menyelubun­gi kelab dalam pusingan 16 akhir, sejarah sebelum dan keputusan perlawanan pertama serta cara perlawanan kedua berlaku dengan keputusan saat akhir VAR (video bantuan pengadil).

“Ia seperti ia muncul secara tiba-tiba dan kerana itu kenapa ia sukar untuk diterima. Tetapi seperti yang saya katakan, saya berada di tempat gelap selama dua hari tetapi kemudian kami memberikan pemain dua hari rehat dan saya fikir ia adalah yang terbaik untuk semua orang.

“Selepas itu, ia seperti dalam sukan ini, ia boleh mengajar anda bahawa anda harus berdiri dan menerima bahawa satu kekalahan itu kadang-kadang perlu untuk berkembang dan meningkatk­an diri selain bertanya persoalan penting kepada diri sendiri.

“Ia memang menyakitka­n dan ganjaranny­a setahun kemudian, ia hampir sempurna apabila kami melangkah ke final dan kami sudah melangkah jauh. Ia adalah menerusi kepelbagai­an dan ia sering dikatakan bahawa ia menjadikan anda lebih kuat.”

Chelsea, belum tewas sejak Tuchel menggantik­an Frank Lampard yang dipecat pada bulan Januari, harus menewaskan United untuk terus bersaing di kelompok empat teratas liga sementara United perlu menang untuk mengekalka­n impian mengejar pendahulu liga, Manchester City.

 ?? — Gambar AFP ?? TERUSKAN MISI: Pemain tengah Manchester United Fred (tengah) bersaing dengan pemain tengah Newcastle United Allan SaintMaxim­in (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Newcastle di Old Trafford di Manchester, England, baru- baru ini.
— Gambar AFP TERUSKAN MISI: Pemain tengah Manchester United Fred (tengah) bersaing dengan pemain tengah Newcastle United Allan SaintMaxim­in (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Newcastle di Old Trafford di Manchester, England, baru- baru ini.
 ??  ?? TUCHEL
TUCHEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia