Utusan Borneo (Sarawak)

Man United diundi bertemu AC Milan

-

PARIS: Manchester United diundi menentang AC Milan pada perlawanan paling mencuri tumpuan pada pusingan 16 akhir Liga Europa pada Jumaat.

Undian turut menyaksika­n Arsenal menentang pasukan yang menyingkir­kan mereka dari pertanding­an musim lepas, Olympiakos sementara AS Roma dan Shakhtar Donetsk – yang kerap beraksi dalam Liga Juara-Juara sebelum ini – bertemu sesama sendiri.

Di antara mereka, United dan Milan sudah bertemu 10 kali dalam pertanding­an elit bola sepak di Eropah. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah di pusingan kedua Liga Juara-Juara pad 2010 apabila United menang 7-2 secara agregat.

Kedua-dua pasukan juga menyerlah dalam liga domestik mereka musim ini dan pernah menduduki tangga teratas liga sebelum ini dengan Manchester City kini berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dan Inter Milan di tangga teratas Serie A

Itali. Pada perlawanan menarik lain, Tottenham Hotspur diundi menentang Dinamo Zagreb sementara kejayaan Slavia Prague menewaskan Leicester City membolehka­n mereka menentang pendahulu Liga Perdana Scotland, Rangers.

Granada dan Molde, yang mempamerka­n keputusan paling memberangs­angkan di pusingan 32 akhir kejohanan dengan masing-masing menewaskan Napoli dan Hoffenheim, bertemu sesama sendiri di pusingan 16 akhir ini.

Undian lain menyaksika­n Ajax bertemu Young Boys sementara Dynamo Kiev, yang pernah melangkah ke separuh akhir Liga JuaraJuara sebelum ini, diundi menentang Villarreal.

Jika Unai Emery membimbing Villarreal muncul juara pada kejohanan ini, beliau akan menjadi jurulatih pertama dalam bola sepak lelaki yang memenangi satu pertanding­an di Eropah sebanyak empat kali, selepas memenangi Liga Europa sebanyak tiga kali ketika membimbing kelab Sevilla.

Undian ternyata terbuka dengan setiap pasukan dapat bertemu dengan manamana lawan. Perlawanan berlangsun­g timbal-balik walaupun pada peringkat yang sama musim lepas, ia berlangsun­g hanya satu perlawanan kerana pandemik COVID-19. Perlawanan pertama dijangka berlangsun­g 11 Mac dan perlawanan kedua pada 18 Mac.

Badan induk bola sepakEropa­h(UEFA), akan mengundi untuk perlawanan suku akhir dan separuh akhir pada masa yang sama musim ini – dijadualka­n pada 19 Mac.

Final musim ini akan berlangsun­g di Stadion Miejski di Gdansk, Poland pada 26 Mei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia