Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin peringkat akar umbi perlu teruskan usaha pembanguna­n sukan

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Usaha pembanguna­n sukan perlu terus giat dijayakan terutama di peringkat kampung.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Segama, Mizma Appehdulla­h berkata peranan itu perlu diberi perhatian khusus pemimpin di peringkat kampung, mukim dan daerah dalam memastikan budaya hidup sihat dan cergas menjadi amalan masyarakat.

“Pelbagai kemudahan bersukan telah wujud di kampung-kampung dan ianya perlukan perancanga­n dan pengendali­an penggunaan dan aktivitiny­a agar ianya terus memberi manfaat.

“Perancanga­n pembanguna­n kemudahan sukan yang berkesan juga diperlukan bagi memastikan sasaran aktiviti bersukan memberi dan mencapai sasaran di kampung-kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke lapang sasar sukan memanah di Kampung (Kg) Tabanak, di sini, kelmarin.

Dalam lawatan itu Mizma menyumbang sejumlah bantuan untuk dimanfaatk­an persatuan bagi melaksanak­an pembanguna­n dan aktiviti sukan memanah di situ pada masa akan datang.

Beliau memuji usaha Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung Tabanak Rafee Wahid dan Ketua Kampung Datu Ariffin kerana memberi komitmen yang baik bagi memastikan kemudahan lapang sasar memanah di kampung itu diwujudkan.

Katanya, usaha yang mereka lakukan itu bukan sahaja mengangkat sukan sunnah malah diyakini mampu memberi manfaat kepada penduduk kampung seterusnya menggalak aktiviti sihat khususnya golongan belia.

“Saya telah berkesempa­tan melawat dan meninjau lapang sasar memanah ini kelmarin.

“Kawasan ini memang amat sesuai, selesa dan tinggi dengan aspek keselamata­n yang diperlukan bagi sukan ini,” katanya.

Kelmarin, satu lagi lapang sasar sukan memanah yang wujud di Kampung Segama turut dilawati dan Mizma merakamkan penghargaa­n untuk mengangkat sukan itu yang melibatkan peranan Norsima Abdul Hakim dan Jamatia Tuyun.

 ??  ?? TINJAU: Azizah meninjau keadaan laluan lasak berbasikal bagi melihat sendiri keperluan yang perlu ditambah baik.
TINJAU: Azizah meninjau keadaan laluan lasak berbasikal bagi melihat sendiri keperluan yang perlu ditambah baik.
 ??  ?? PRIHATIN: Mizma menyampaik­an sumbangan untuk dimanfaatk­an dalam aktiviti sukan memanah.
PRIHATIN: Mizma menyampaik­an sumbangan untuk dimanfaatk­an dalam aktiviti sukan memanah.
 ??  ?? FOKUS: Mizma berkesempa­tan mencuba sukan memanah di lapang sasar sukan itu.
FOKUS: Mizma berkesempa­tan mencuba sukan memanah di lapang sasar sukan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia