Utusan Borneo (Sarawak)

Terdapat keperluan menaik taraf kemudahan sukan

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Kemudahan rekreasi awam bukan sahaja perlu diselengga­ra tetapi juga ditambah baik selari dengan peredaran semasa bagi memastikan ianya memberi keselesaan kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti sukan masing-masing.

Di samping memberi keselesaan ianya juga dilihat dapat meningkat keselamata­n pengunjung daripada risikorisi­ko berbahaya yang boleh mendatangk­an kecederaan semasa melakukan kegiatan sukan.

Justeru, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun meluangkan masa meninjau laluan lasak berbasikal yang terletak berdekatan dengan Kompleks Sukan Daerah Beaufort bagi melihat sendiri keadaan yang perlu ditambahba­ik.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk menaiktara­f laluan terbabit dan akan memanjangk­an perkara itu ke pihak berkaitan untuk tindakan susulan.

Tambah beliau, usaha ini juga secara tidak langsung dapat menarik minat lebih ramai anak muda melakukan kegiatan sukan berfaedah yang dilihat akan memberi kesan baik terhadap tahap kesihatan diri untuk jangka masa panjang.

Dalam perkembang­an berkaitan, Azizah turut menasihati orang ramai terutama pengunjung yang melakukan aktiviti sukan supaya tidak lalai dalam aspek keselamata­n diri dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika bersukan.

Usaha ini penting dalam memutuskan rantaian wabak pandemik COVID-19 yang masih melanda seluruh negara ketika ini walaupun kes jangkitan menunjukka­n sedikit penurunan.

Justeru Azizah mahu orang ramai supaya tidak leka memandangk­an situasi ketika ini masih membimbang­kan dan dikhuatiri sukar untuk melandaika­n kes jangkitan sekiranya masyarakat tidak patuh dengan SOP yang ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia