Utusan Borneo (Sarawak)

MAYAT LELAKI MYANMAR JATUH SUNGAI DITEMUI

-

Seorang lelaki warga Myanmar yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai dari kapal yang berlabuh di Jeti Pengkalan Tanjung Maling di sini pada Khamis lalu ditemui pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kyam Min, 67, dijumpai oleh orang awam pada jam 10.50 pagi.

“Pasukan BBP Sungai Merah dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi dan memulakan operasi mencari mangsa di sekitar kawasan di mana mangsa dilaporkan terjatuh sehingga ke radius 3km seawal jam 8 pagi tadi (semalam),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, petugas di Pos Kawalan Bomba (PKB) memaklumka­n pasukan SAR bahawa lokasi penemuan mangsa dianggarka­n pada jarak 30km dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh iaitu di pantai Batang Igan, Rantau Panjang, dekat sini.

Mayat kemudian diambil oleh pasukan SAR dan dibawa menggunaka­n bot bomba ke PKB untuk tindakan lanjut.

Menurut Janggan, majikan mangsa telah mengesahka­n mayat yang dijumpai adalah salah seorang daripada pekerja yang dilaporkan hilang tempoh hari.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari selepas mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke bilik mayat Hospital Sibu.

 ??  ?? DITEMUI: Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum
dihantar ke bilik mayat Hospital Sibu tengah hari semalam.
DITEMUI: Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke bilik mayat Hospital Sibu tengah hari semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia