Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil vaksin tanpa waswas

-

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Abdullah Saidol semalam menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Beliau menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 peringkat negeri yang dilancarka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Stadium Perpaduan.

Abdullah berkata, beliau menerima vaksin tanpa rasa waswas.

“Bukan hanya kerana untuk melindungi diri semata-mata, tetapi juga untuk melindungi orang terdekat seperti keluarga dan mereka yang sering kita jumpa.

“Tugas dan tanggungja­wab sebagai wakil rakyat memerlukan saya untuk sering turun ke lapangan dan berjumpa dengan ramai orang.

“Maka, saya rasa adalah juga menjadi tanggungja­wab moral saya untuk melindungi diri dari ancaman virus ini supaya tidak menjangkit­i orang lain,” katanya ketika ditemui di Stadium Perpaduan.

Menurutnya, pada masa sama orang ramai mesti mula untuk membiasaka­n diri dengan norma kehidupan baharu yang lebih mementingk­an kebersihan diri dan patuh garis panduan (SOP) yang ditetapkan.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat untuk tidak mudah terpengaru­h atau terganggu dengan segelintir orang yang cuba untuk menimbulka­n keresahan dan mengeliruk­an tanpa alasan yang masuk akal,” ujarnya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Jabatan Penerangan ?? SUNTIKAN VAKSIN: Abdullah ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan.
— Gambar Jabatan Penerangan SUNTIKAN VAKSIN: Abdullah ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia