Utusan Borneo (Sarawak)

Eddie Murphy kembali dengan ‘Coming 2 America’

- Oleh Andrew Marszal

TIGA puluh tahun sebelum ‘Black Panther’, filem klasik komedi tahun 1980-an lakonan Eddie Murphy ‘Coming to America’ telah menepis mitos lama Hollywood bahawa filem yang mempunyai pelakon kulit hitam akan gagal di luar negara; ia memperoleh­i hampir AS$300 juta di seluruh dunia.

Sekarang, selepas filem pecah panggung adiwira Afrika dari Marvel telah menolak salah faham itu dengan kutipan ‘box office’ bernilai berbilion dolar, Murphy memutuskan sudah tiba masanya untuk satu sekuel iaitu ‘Coming 2 America’ yang akan dikeluarka­n pada 5 Mac.

Namun menurut Murphy, kejayaan global bagi dua francais kulit hitam yang dikenal tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kepentinga­n yang berkembang dalam politik dan sejarah perkauman, atau dalam pergerakan seperti Black Lives Matter pada hari ini – namun sebaliknya dalam penceritaa­n sejagat dengan cara lama.

“’Coming 2 America’ adalah bukan mengenai mana-mana dari perkara tersebut. Ia adalah mengenai kekeluarga­an dan percintaan serta melakukan perkara yang betul dan juga tradisi,” menurut Murphy.

Komen Murphy muncul ketika Hollywood telah melancarka­n beberapa buah filem berprestij dibarisi pelakon kulit hitam mengenai pergerakan hak awam yang telah hangat dijangkaka­n bagi kemenangan anugerah Oscar, termasuk ‘Judas and the Black Messiah’ dan ‘One Night in Miami’.

Sama ada penonton moden global akan memberikan respon terhadap filem ini adalah sukar untuk diagak, dengan panggung wayang masih lagi ditutup disebabkan oleh COVID-19.

Sememangny­a, ‘Coming 2 America’ telah dihasilkan oleh Paramount namun dijual kepada perkhidmat­an striming Amazon ketika pandemik.

Bercakap ketika satu hari media baru-baru ini, Murphy menyuaraka­n rasa bangga bahawa filem asal ‘Coming to America’ merupakan “filem pertama dalam sejarah perfileman yang mempunyai satu barisan semua pelakon kulit hitam yang telah berjaya di seluruh dunia.”

Namun sejak itu anda dapat mengira “dengan satu tangan” bagi filem-filem Hollywood yang telah mengulangi kejayaan antarabang­sa, “dan anda akan hanya mempunyai beberapa sahaja yang tinggal lagi,” menurut bintang berumur 59 tahun itu.

“Legasi bagi filem ini adalah ia boleh diterima oleh semua penonton,” tambah Murphy. “Sebabsebab kenapa filem kami tidak mampu pergi jauh di seluruh dunia adalah kerana kisah kami(hanya) provokatif kepada kami.”

Digambarka­n beberapa dekad selepas putera yang terlalu dimanjakan lakonan Murphy datang ke New York dalam pencarian bagi cinta sebenar, ‘Coming 2 America’ melihat pelakon veteran itu memegang watak seorang raja yang telah berusia mencari seorang pewaris lelaki yang lama hilang bagi menyelamat­kan kerajaan fiksyen Afrika beliau.

Murphy menyatakan filem baharu beliau berkongsik­an DNA diraja dengan filem hit 2018 ‘Black Panther’, yang dibintangi oleh mendiang Chadwick Boseman dan telah dipuji untuk mesej perpaduan pan-Afrika.

“Imej menakjubka­n ini bagi raja dan ratu serta puteri kulit hitam... ‘Black Panther’ telah melakukann­ya,” jelas Murphy.

“Filem pertama adalah ‘Coming to America,’” tambah beliau.

Filem sekuel itu dibintangi oleh ramai golongan royalti berkulit hitam dunia hiburan, daripada pelakon-pelakon seperti Wesley Snipes, Tracy Morgan dan James Earl Jones ke sejumlah tetamu muzikal berprofil tinggi yang membuat kemunculan mengejutka­n.

“Biar saya katakan di sini bahawa tidak ada seorang pun pelakon berkulit hitam, yang tua, pertengaha­n usia atau muda, di pekan ini, atau mana-mana pekan, yang mahu terlepas peluang untuk berada dalam filem ini,” kata pelawak Luenell, yang turut membintang­i.

Bagi menambah perasaan dinasti itu, anak perempuan Eddie, Bella, muncul sebagai salah seorang puteri muda Amazon.

Pelakon berusia 19 tahun itu mengakui kepada para wartawan bahawa dia bimbang apabila harus memukul “Wesley Snipes di kepala” semasa satu adegan pertarunga­n yang sukar dilupakan dengan legenda filem aksi ‘Blade’ itu, namun dia terdesak untuk turut serta dalam filem tersebut selepas menyaksika­n ayahnya dalam filem asal.

“Sungguh hebat melihat ayah saya seperti itu, kerana ia adalah kali pertama saya melihat imej royalti kulit hitam di skrin... dan lebih hebat lagi ia adalah ayah saya,” katanya. “Saya merasa sungguh berkuasa.”

Filem itu melakukan penggambar­an di Tyler Perry Studios, kampus produksi terlindung seluas 330 ekar (130 hektar) yang terletak di pangkalan tentera Gabungan era Perang Saudara di Atlanta, Georgia yang dimiliki oleh mogul hiburan kulit hitam Perry.

“Ia penuh keajaiban, melihat saudara menciptaka­n ini,” kata pelakon bersama Arsenio Hall yang kembali menghidupk­an wataknya dalam filem itu.

“Ada hari di mana saya berdiri bersama Tracy Morgan, dan Leslie [Jones]... di tanah Tyler Perry ini, ketawa semahu-mahunya. Ia adalah pengalaman yang terhebat,” tambahnya.

‘Coming 2 America’ akan dilancarka­n di seluruh dunia di Prime Video bermula 5 Mac depan.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALI LAGI: Gambar fail yang diambil pada 5 Januari 2020 ini menunjukka­n Eddie Murphy semasa Anugerah Golden Globe ke-77 di Los Angeles. Murphy akan kembali dengan ‘Coming 2 America’ yang akan dilancarka­n di seluruh dunia di Prime Video bermula 5 Mac.
— Gambar AFP KEMBALI LAGI: Gambar fail yang diambil pada 5 Januari 2020 ini menunjukka­n Eddie Murphy semasa Anugerah Golden Globe ke-77 di Los Angeles. Murphy akan kembali dengan ‘Coming 2 America’ yang akan dilancarka­n di seluruh dunia di Prime Video bermula 5 Mac.
 ??  ??
 ??  ?? TURUT BERLAKON: Bagi menambah perasaan dinasti itu, anak perempuan Eddie, Bella, muncul sebagai salah seorang puteri muda Amazon dalam filem ‘Coming 2 America’.
TURUT BERLAKON: Bagi menambah perasaan dinasti itu, anak perempuan Eddie, Bella, muncul sebagai salah seorang puteri muda Amazon dalam filem ‘Coming 2 America’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia