Utusan Borneo (Sarawak)

TIDAK TERGESA-GESA ADAKAN PRN

Kerajaan Sarawak hanya fokus kepada kesihatan rakyat, perangi COVID-19 pada masa ini: KM

- Oleh Marlinda Mardzuki

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan Sarawak tidak tergesages­a untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Jelas beliau, buat masa sekarang kerajaan negeri hanya memfokuska­n untuk menjaga kesihatan rakyat Sarawak terutama ketika COVID-19.

“Kita masih dalam keadaan darurat, Pilihan Raya Negeri boleh (diadakan) kemudian. Namun untuk (menyelamat­kan) nyawa, tidak boleh (ditangguhk­an) bila-bila masa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abang Johari berkata demikian ketika menjawab pertanyaan sama ada PRN akan diadakan sebaik sahaja Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Sarawak berakhir pada Ogos depan.

Terdahulu, Abang Johari merasmikan program imunisasi untuk petugas barisan hadapan tersebut di Stadium Perpaduan Petra Jaya, di sini. Beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan terus memberi penekanan untuk memastikan yang terbaik demi kesihatan rakyat Sarawak dan mereka yang tinggal di negeri ini agar rantaian penularan COVID-19 dapat dihentikan.

“Itulah sebabnya kita (kerajaan negeri) tidak memikirkan perkara lain, kita mengutamak­an kesihatan rakyat terlebih dahulu,” katanya.

Antara usaha yang telah dilakukan katanya, termasuk kemudahan kuarantin dan penginapan hotel untuk membendung penularan COVID-19.

“Selain tempat penginapan, kita juga menyediaka­n makanan untuk mereka yang dikuaranti­n serta menyediaka­n kebajikan lain bagi membantu mereka yang terkesan akibat wabak ini. Semua ini ditanggung oleh kerajaan negeri.

“Bermakna apa yang kita lakukan ini adalah keutamaan kepada kesihatan rakyat. Wang boleh dicari, tetapi nyawa rakyat tidak dapat diganti,” katanya.

Beliau dalam pada itu menzahirka­n rasa syukur, ketika negara berdepan COVID-19, Petronas menemui gas di Wilayah Luconia Tengah yang terletak kira-kira 80 kilometer dari perairan Sarawak pada 10 Februari lalu.

“Oleh itu, kita berunding dengan Petronas dan dengan dana hasil penemuan gas ini, lebih banyak bantuan dapat diberikan kepada rakyat negeri ini,” katanya. Dalam perkembang­an berkaitan, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan meminta nasihat daripada pakar mengenai vaksin jenis lain yang boleh digunakan dalam program imunisasi COVID-19, selain Pfizer-BioNTech.

Menurutnya, buat masa ini Sarawak hanya menumpukan kepada vaksin Pfizer- BioNTech.

“Namun, jika Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berpendapa­t vaksin jenis lain boleh digunakan, kita akan melihat dan menelitiny­a secara terperinci.

“Ini semua bergantung kepada keputusan NPRA,” katanya.

Beliau menegaskan, mana-mana vaksin yang digunakan di negara ini mesti disahkan oleh NPRA dan mengikut undang-undang.

“Sekiranya mereka (pakar) mengatakan vaksin lain selamat digunakan dan tidak menyebabka­n bahaya, maka kita akan menggunaka­nnya. Kita akan menyerahka­nnya kepada pakar kerana mereka yang akan membuat keputusan akhirnya,” kata Abang Johari.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak akan diberi nasihat oleh kumpulan penasihat vaksin COVID19 sendiri.

“Jawatankua­sa ini diketuai oleh bekas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Prof Datuk Dr Andrew Kiyu Dawie dan dianggotai oleh 11 pakar kesihatan.

“Kumpulan ini akan memberi nasihat kepada kerajaan negeri mengenai vaksin,” kata Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

 ?? — Gambar Jabatan Penerangan ?? SELAMAT DATANG: Abang Johari hadir merasmikan Program Imunisasi COVID-19 Peringkat
Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan Petra Jaya, semalam.
— Gambar Jabatan Penerangan SELAMAT DATANG: Abang Johari hadir merasmikan Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan Petra Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia