Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 255 KES BAHARU, SATU KEMATIAN SEMALAM

-

Kes positif baharu COVID19 yang dikesan di Sarawak terus mencatat tiga angka semalam iaitu 255 kes dengan satu lagi kematian dilaporkan di Sibu.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, jumlah keseluruha­n kes positif kini meningkat kepada 9,374 kes, manakala kes kematian meningkat kepada 81.

“Kes kematian ke-81 merupakan lelaki tempatan berumur 77 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sibu.

“Kes didapati positif pada 13 Februari 2021 dan disahkan meninggal dunia 27 Februari 2021 berikutan keadaan kesihatan merosot,” katanya sambil menambah kes kematian itu melibatkan Kluster Geronggang di Sibu.

Mengenai kes positif yang dikesan semalam, Sibu mencatatka­n kes tertinggi (106), Selangau (67), Miri (26), Kapit (22), Bintulu (13), Kuching (12), Betong (11), Kanowit (9), Sri Aman (8), Dalat (5), Bukit Mabong (5), Bau (4), Pusa (2), Saratok (2), Meradong, Sarikei dan Subis masing-masing satu.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 242 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Miri (98), Hospital Sibu (77), PKRC di bawah Hospital Kapit (46), Hospita Umum Sarawak (11), Hospital Bintulu (8) dan Hospital Sarikei (2).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 6,862 orang atau 73.20 peratus dari jumlah keseluruha­n kes di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah seramai 2,397 orang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia