Utusan Borneo (Sarawak)

PGA RAMPAS DUA JENGKAUT, 30 TAN BALAK HARAM DALAM OPS LIBAS DI LINGGA

-

Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sri Aman merampas dua jengkaut dan 30 tan kayu balak yang keseluruha­nnya bernilai RM432,999 di dua lokasi berasingan di Lingga dekat sini, Khamis lalu.

Komander Briged Sarawak PGA SAC Mancha Ata berkata, lokasi serbuan di bawah Ops Libas itu melibatkan kawasan persisiran Sungai Kerepok dan Sungai Serpau.

Jelasnya, serbuan pertama di Sungai Serpau sekitar jam 3 petang dilancarka­n susulan maklumat risikan.

“Hasil pemerhatia­n semasa rondaan mendapati ada aktiviti pembalakan haram sedang dijalankan.

“Pemeriksaa­n dilakukan dan pekerja yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak melarikan diri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, anggota telah menunggu kira-kira dua jam, namun tiada pemilik yang tampil.

Menurut Mancha lagi, hasil pemantauan di kawasan sekeliling mendapati masih terdapat satu lagi lokasi pembalakan yang berada di hilir kawasan Sungai Kerpok yang merupakan lokasi serbuan kedua.

“Pada jam lebih kurang 5.30 petang, pemeriksaa­n mendapati enjin jengkaut masih hidup tetapi tiada mana-mana individu berada di lokasi berkenaan.

“Daripada penilaian, keduadua lokasi pembalakan ini disyaki bersangkut paut antara satu sama lain yang menjalanka­n aktiviti pembalakan secara haram,” dedahnya.

Berikutan itu tegasnya, rampasan di lokasi pertama melibatkan sebuah jengkaut dianggarka­n bernilai RM175,000, sebuah generator dianggarka­n bernilai RM1,000, anggaran nilai royalti (berat kayu 25 tan) RM4,582.50 dan seunit gergaji berantai dianggarka­n bernilai RM500.

Tambahnya, rampasan lokasi kedua pula melibatkan sebuah jengkaut bernilai RM250,000, seunit pam air dianggarka­n bernilai RM 1,000, anggaran nilai royalti (berat kayu lima tan) dianggarka­n bernilai RM916.50.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 dan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak Wilayah Sri Aman untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

 ??  ?? RAMPAS: Dua jengkaut yang digunakan untuk
aktiviti pembalakan haram dirampas. BANTERAS: Antara kayu balak
yang dirampas.
RAMPAS: Dua jengkaut yang digunakan untuk aktiviti pembalakan haram dirampas. BANTERAS: Antara kayu balak yang dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia