Utusan Borneo (Sarawak)

Tayar terpakai jadi sumber pendapatan

- Oleh Mohd Hamzah Md Som

KEBIASAANN­YA tayar yang sudah tidak elok akan terus dibuang atau disimpan, namun berbeza bagi fasilitato­r, Zazali Iberahim yang menjadikan tayar terpakai itu sebagai sumber pendapatan­nya sejak setahun yang lepas.

Bukan untuk kegunaan pada motosikal atau diubah suai menjadi landskap halaman rumah, sebaliknya berbekalka­n kreativiti­nya, tayar terpakai berkenaan direka bentuk sebagai arca menjadi pelbagai objek menarik termasuk koleksi haiwan, di kediamanny­a di Senawang dekat Seremban.

Menurut Zazali, 58, atau lebih mesra dipanggil ‘pak cik dinasour’ dalam kalangan kanak-kanak di situ, dia mendapatka­n bekalan tayar motosikal atau kereta itu secara percuma di kedaikedai tayar di sekitar Senawang.

“Saya terpaksa berhenti kerja selepas kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lepas, jadi saya perlu cari pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan saya, kebetulan saya lihat banyak tayar terpakai, ia memberi ilham kepada saya untuk menghasilk­an arca.

“Sehingga kini saya telah menghasilk­an lebih 50 arca yang kebanyakan­nya dibeli penduduk sekitar termasuk peniaga yang mahu meletakkan arca sebagai hiasan di premis mereka,” katanya kepada Bernama. Zazali yang juga bekas tentera itu berkata, hampir 80 peratus arca berkenaan merupakan idea kreatifnya sendiri manakala selebihnya direka bentuk atas permintaan pelanggan dan mengambil masa sehari hingga dua minggu untuk menghasilk­annya.

Bapa kepada enam anak ini berkata, dia memasarkan arca berkenaan di laman sosial Facebook selain ada rakan yang membantu menyebarka­n jualannya kepada orang ramai.

Anak kelahiran Negeri Sembilan ini berkata, arca berkenaan dijual pada harga sekitar RM10 hingga RM2,000 bergantung pada saiz arca berkenaan selain mampu memperoleh pendapatan mencecah RM3,000 sebulan.

Menurutnya, arca terbesar yang dihasilkan­nya termasukla­h dinosaur, burung helang dan burung merak selain tempat hiasan bunga, kerusi dan sebagainya.

Dalam pada itu, Zazali berkata, tayar terpakai yang diolah bukan sahaja boleh dijadikan hiasan dan sumber yang bernilai, malah apa yang lebih penting, mengitar semula bahan terbuang itu dapat memelihara alam sekitar.

 ?? — Gambar Bernama ?? KREATIF: Zazali sedang menyiapkan arca burung helang yang dihasilkan­nya.
MINAT: Zazali bergambar bersama arca dinosaur gergasi yang dihasilkan­nya daripada tayar terbuang di rumahnya di Senawang dekat Seremban, baru-baru ini.
— Gambar Bernama KREATIF: Zazali sedang menyiapkan arca burung helang yang dihasilkan­nya. MINAT: Zazali bergambar bersama arca dinosaur gergasi yang dihasilkan­nya daripada tayar terbuang di rumahnya di Senawang dekat Seremban, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN KITAR SEMULA: Arca berbentuk kepala naga dan itik yang diperbuat daripada tayar terbuang adalah antara arca yang dihasilkan oleh Zazali.
— Gambar Bernama BAHAN KITAR SEMULA: Arca berbentuk kepala naga dan itik yang diperbuat daripada tayar terbuang adalah antara arca yang dihasilkan oleh Zazali.
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Zazali ketika menyiapkan arca burung merak yang dihasilkan­nya.
— Gambar Bernama TELITI: Zazali ketika menyiapkan arca burung merak yang dihasilkan­nya.
 ??  ?? ARCA BERBENTUK TENGKOLOK GERGASI LEBAH
ARCA BERBENTUK TENGKOLOK GERGASI LEBAH
 ??  ?? ARCA BERBENTUK SEMUT GERGASI
ARCA BERBENTUK SEMUT GERGASI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia