Utusan Borneo (Sarawak)

Tapir ‘ziarah’ sekolah ketika pelajar menduduki SPM

-

SUASANA bertukar kecoh ketika pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi, di Kuantan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas seekor tapir ‘menziarahi’ sekolah berkenaan pagi Khamis lepas.

Pengetua SMK Sungai Soi Zolkifli Abd Ghani berkata, beliau dimaklumka­n kakitangan bertugas kira-kira jam 10.30 pagi mengenai kehadiran haiwan berkenaan di kawasan sekolah sebelum menghubung­i pasukan penyelamat.

Beliau berkata, Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba setengah jam kemudian dan melakukan kerja-kerja mengeluark­an tapir yang terjatuh ke dalam longkang sekolah itu.

“Insiden ini bukan yang pertama, sudah banyak kali, kami cuma bimbang haiwan itu merayau di dewan peperiksaa­n yang akan mengakibat­kan pelajar sedang mengambil peperiksaa­n Pendidikan Seni dan Sejarah terganggu dengan kehadirann­ya,” katanya kepada Bernama.

Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman

Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin ketika dihubungi berkata, sekumpulan anggotanya telah digerakkan ke lokasi kejadian sebelum berjaya mengeluark­an haiwan yang dianggarka­n seberat 200 hingga 250 kilogram itu enam jam kemudian.

Beliau berkata, tapir jantan dewasa itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang di sekolah berkenaan ketika memakan daun pokok nangka berhampira­n.

“Terdapat luka di bahagian belakang tapir itu akibat menyusur blok simen sepanjang longkang berkenaan, bagaimanap­un pemerhatia­n awal tiada kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh longkang.

“Kita akan berikan rawatan sekiranya kecederaan­nya tidak serius sebelum dilepaskan semula di kawasan hutan,” katanya.

Sementata itu, jurucakap APM Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.58 pagi Khamis lepas sebelum enam anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mengeluark­an tapir agak sukar kerana saiznya yang besar dan berada di dalam longkang yang sempit, kami telah cuba mengeluark­an haiwan tersebut menggunaka­n tali tetapi tidak berjaya.

“Justeru, kami telah menghubung­iPERHILITA­Nuntuk meminta bantuan mereka sebelumhai­wanberkena­andikeluar­kan kira-kira jam 5.10 petang,” katanya.

 ??  ?? KECOH: Anggota Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dibantu Angkatan Pertahanan Awam berusaha mengeluark­an seekor tapir jantan dewasa yang tersekat di dalam longkang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi di Kuantan, baru-baru ini.
KECOH: Anggota Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dibantu Angkatan Pertahanan Awam berusaha mengeluark­an seekor tapir jantan dewasa yang tersekat di dalam longkang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi di Kuantan, baru-baru ini.
 ??  ?? BERTUNGKUS LUMUS: Seekor tapir jantan dewasa yang tersekat di dalam longkang berjaya dikeluarka­n anggota Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) .
BERTUNGKUS LUMUS: Seekor tapir jantan dewasa yang tersekat di dalam longkang berjaya dikeluarka­n anggota Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) .
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia