Utusan Borneo (Sarawak)

Tayar lori kargo terbakar, pemandu dan kelindan selamat

-

SIBU: Seorang pemandu serta kelindanny­a mengalami detik cemas apabila tayar sebuah lori kargo terbakar kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 4 Janggan Muling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.25 petang yang memaklumka­n mengenai kejadian itu di Jalan Oya Lama di sini.

Menurutnya, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Merah kemudian mengerahka­n tujuh anggotanya berserta dua jentera ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mereka mendapati kebakaran melibatkan satu tayar belakang di sebelah kiri lori kargo terbabit terbakar.

“Selepas penilaian dijalankan komander operasi mengarahka­n pasukan bomba menggunaka­n satu saluran bantu mula air daripada tangki jentera untuk mengawal dan memadamkan api dengan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Janggan berkata, setelah tindakan operasi selesai komander operasi mengambil maklumat lori dan pemandunya serta kelindanny­a.

Bagaimanap­un, keduaduany­a tidak mengalami sebarang kecederaan, jelasnya.

Katanya lagi operasi tamat jam 6 petang.

 ??  ?? MENCEMASKA­N: Anggota bomba memadamkan tayar yang terbakar itu.
MENCEMASKA­N: Anggota bomba memadamkan tayar yang terbakar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia