Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga cedera kereta terbabas tepi jalan

-

SARATOK: Dua lelaki cedera di bahagian muka manakala seorang kanak-kanak cedera ringan apabila kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 21 Jalan Sarikei-Saratok semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 77, 36 dan sembilan tahun itu dalam perjalanan dari Saratok menuju ke Sarikei.

Kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 2.45 petang.

“Namun ketika tiba di lokasi tersebut, dipercayai kenderaan mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

“Kejadian tersebut menyebabka­n dua penumpang dewasa yang berada di bahagian hadapan kenderaan telah menerima impak rempuhan yang agak kuat dan mengalami kecederaan di bahagian muka manakala penumpang kanak-kanak yang duduk di bahagian belakang mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa telah berjaya dikeluarka­n oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba dan terus diserahkan kepada pihak ambulans,” katanya kepada media di sini, semalam.

Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa menggunaka­n ambulans untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Saratok.

Selepas memastikan keadaan di lokasi tersebut selamat, anggota bomba balik ke balai.

 ??  ?? TERBABAS: Kemalangan di Kilometer 21 Jalan Sarikei-Saratok, semalam menyebabka­n dua lelaki dewasa cedera di bahagian muka dan seorang kanak-kanak lelaki cedera ringan.
TERBABAS: Kemalangan di Kilometer 21 Jalan Sarikei-Saratok, semalam menyebabka­n dua lelaki dewasa cedera di bahagian muka dan seorang kanak-kanak lelaki cedera ringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia