Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri bunuh anak dihukum gantung sampai mati

-

KUALA TERENGGANU: Tindakan tidak berperikem­anusiaan pasangan suami isteri terhadap anak perempuan mereka akhirnya terbalas, apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati setelah mereka didapati bersalah kerana membunuh.

Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan tersebut ke atas Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40, yang merupakan ibu tiri mangsa, Siti Hajar, 22, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ketika penghakima­n,

Zainal Azman berkata berdasarka­n fizikal si mati jelas menunjukka­n dia telah dibiarkan terlalu lama tanpa makanan yang cukup, diabaikan rawatan kesihatan dan turut didera sehingga beratnya hanya kira-kira 18 kilogram.

Katanya, fakta tersebut (pengabaian dan penderaan) telah dimaklumka­n oleh pihak pakar bedah, ketika dipanggil memberi keterangan dan ia gagal disangkal oleh kedua-dua tertuduh.

“Adalah sesuatu yang mustahil perbuatan mereka berlaku dalam tempoh sehari dua, sebaliknya mangsa mungkin menderita selama berbulan-bulan. Kedua-dua tertuduh pastinya menyedari kesakitan yang dialami mangsa, namun tidak mengambil apa-apa tindakan mahupun memberi rawatan sewajarnya sehinggala­h berlaku kematian,” katanya.

Selain pasangan tersebut, dua lagi anak mereka iaitu Siti Sarah Anuar, 26, dan adik lelakinya yang kini berusia 19 tahun (ketika kejadian 14 tahun), turut didakwa atas pertuduhan yang sama, namun mahkamah telah melepas dan membebaska­n mereka selepas didapati tidak bersalah.

Zainal Azman berkata, Siti Sarah dan adiknya turut berada dalam jagaan pasangan itu, namun tidak banyak yang boleh dilakukan kerana turut terikat dengan tindakan ibu bapa mereka.

Keempat-empat tertuduh didakwa secara bersamasam­a membunuh Siti Hajar di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai di Chukai pada 10.45 malam, 26 April 2016.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.

Sepanjang perbicaraa­n, pihak pendakwaan telah memanggil 24 orang saksi manakala tertuduh menampilka­n tujuh saksi termasuk keempat-empat tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia