Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 83 kes

Kes kematian ke-82 melibatkan wanita berumur 78 tahun manakala kes ke-83 melibatkan lelaki berumur 80 tahun

-

Keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Februari 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan

” kegagalan fungsi buah pinggang.

KUCHING: Kematian melibatkan jangkitan COVID-19 di Sarawak kini meningkat kepada 83 kes dengan tambahan dua kes kematian baharu dilaporkan semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kes kematian ke-82 melibatkan seorang wanita berumur 78 tahun yang mendapatka­n rawatan di Hospital Bintulu kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.

Menurutnya, ujian rt-PCR sudah dibuat dan kes didapati positif COVID-19 pada 16 Februari 2021.

“Keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Februari 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan kegagalan fungsi buah pinggang,” kata jawatankua­sa itu dalam kenyataan semalam.

Kes kematian ke-83 pula kata JPBNS, melibatkan seorang lelaki berumur 80 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sibu dari sebuah pusat jagaan hasil saringan ujian rt-PCR secara aktif yang dibuat dan dikesan positif pada 29 Januari 2021.

Ujarnya, keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Februari 2021.

“Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan kanser prostat. Dimaklumka­n kes ini adalah daripada Kluster Pasai.

“Sehubungan itu, JPBNS merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” katanya.

Mengenai jumlah kes baharu COVID di Sarawak semalam, JPBNS berkata, sebanyak 171 kes direkodkan yang mana Sibu mencatat kes tertinggi iaitu 33 kes.

“Manakala Miri merekodkan 31 kes, Bintulu (29), Betong (20), Kapit (20), Kuching (15), Serian (9), Kanowit (4), Beluru (2), Sri Aman (2), Asajaya (1), Bau (1), Bukit Mabong (1), Julau (1), Samarahan (1) dan Sebauh (1). Ini menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 9,545 kes,” katanya.

Selain itu, Jawatankua­sa itu berkata, terdapat 203 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Sibu (115), Hospital Umum Sarawak (37), Hospital Bintulu (20), PKRC di bawah Hospital Kapit (17), Hospital Miri (10) dan Hospital Sarikei (4) semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 7,064 orang atau 74.01 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes COVID19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,364 orang.

JPBNS turut memaklumka­n sebanyak 200 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan semalam dan tiga PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Manakala seramai 530 individu di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel bagi menjalani kuarantin.

JPBNS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia