Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Sosial, Kebajikan dan Harmoni Miri giat bantu ibu tunggal

-

MIRI: Kumpulan Bantuan Ibu Tunggal daripada Kelab Sosial, Kebajikan dan Harmoni Miri berjaya membantu ibu-ibu tunggal yang berdaftar dengan pihaknya dengan memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka dan ramai yang berjaya melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Bukan sekadar berjaya dalam akademik, malah ada dalam kalangan anak-anak terbabit membina kerjaya profesiona­l dalam pelbagai bidang.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang juga penaung kelab berkenaan melahirkan rasa bangga atas kejayaan kelab itu dalam mencapai matlamat dan perjuangan mereka membantu memperkasa­kan kehidupan ibu tunggal di sini, khususnya mereka yang datang daripada keluarga susah dan berpendapa­tan rendah.

Malah Lee turut membantu dan menyokong penubuhan kelab serta memberikan peruntukan tahunan untuk aktiviti dan kebajikan mereka.

Kumpulan Bantuan Ibu Tunggal itu yang ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu, secara aktif memberi bantuan kebajikan dan kaunseling kepada keluarga dan anak-anak termasuk menganjurk­an kelas tuisyen dan komputer percuma untuk anak-anak yang bersekolah.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada pengerusi kelab dan juga pengasas Kumpulan Bantuan Ibu Tunggal Connie Tang atas usaha, sumbangan dan pertolonga­n mulia kepada keluarga ibu tunggal dan anak-anak mereka yang memerlukan sejak penubuhan kelab sehingga kini,” katanya.

Terdapat lebih 400 keluarga telah direkodkan di bawah senarai keahlian kumpulan tersebut.

Terdahulu, Lee melawat Kumpulan Bantuan Ibu Tunggal kelab itu yang menganjurk­an program pengagihan bantuan makanan kepada 128 keluarga ibu tunggal yang memerlukan.

Bantuan makanan itu yang turut mengandung­i beras dan minyak masak, disumbangk­an kelab manakala beberapa jenis makanan dan keperluan lain disumbangk­an dermawan Grace Wong dan Simon Phang.

Selain menghulurk­an bantuan makanan, kumpulan tersebut turut mengadakan beberapa kursus latihan kemahiran untuk ibu tunggal seperti pembuatan pastri dan roti, menjahit dan memasak bagi membantu mereka menjana sumber pendapatan.

Lee turut memuji semua sukarelawa­n dalam kumpulan itu atas kerjasama dan komitmen mereka.

Turut hadir Kapitan Chai Kuen Ming yang juga penasihat kelab.

 ??  ?? TERIMALAH: Lee (kanan) menyerahka­n bantuan makanan yang diagihkan kepada 128 wakil ibu tunggal yang berdaftar dengan kumpulan bantuan tersebut, sambil disaksikan Connie (di belakang penerima).
TERIMALAH: Lee (kanan) menyerahka­n bantuan makanan yang diagihkan kepada 128 wakil ibu tunggal yang berdaftar dengan kumpulan bantuan tersebut, sambil disaksikan Connie (di belakang penerima).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia