Utusan Borneo (Sarawak)

432 terima vaksin COVID-19 fasa pertama di Bekenu

-

MIRI: Program Imunisasi Vaksin COVID-19 fasa pertama bagi kawasan Bekenu akan diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu bermula 7 Mac ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus berkata, seramai 432 penerima daripada petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer-bioNTech semasa program dua hari tersebut.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan di pusat pemberian vaksin.

“Justeru saya menggesa Majlis Daerah Subis dan Pejabat Daerah Subis meningkatk­an kerjasama dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia untuk menjayakan program ini,” katanya kelmarin.

Terdahulu, Rosey yang juga Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak meninjau persiapan dan kemudahan tempat pemberian vaksin di Dewan Masyarakat Bekenu.

Beliau turut diberikan taklimat oleh pegawai Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai persiapan untuk program imunisasi tersebut.

 ??  ?? TAKLIMAT: Rosey mendengar penjelasan daripada wakil Kementeria­n Kesihatan Malaysia mengenai persiapan Program Imunisasi COVID-19 di Dewan Masyarakat Bekenu pada 7 Mac ini.
TAKLIMAT: Rosey mendengar penjelasan daripada wakil Kementeria­n Kesihatan Malaysia mengenai persiapan Program Imunisasi COVID-19 di Dewan Masyarakat Bekenu pada 7 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia