Utusan Borneo (Sarawak)

MOTAC harap pendekatan baharu diperkenal­kan kawal COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap suatu pendekatan baharu dapat diperkenal­kan bagi mengawal penularan pandemik COVID-19, selain meneruskan halangan rentas negeri.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini kerana industri pelanconga­n adalah berkait rapat dengan pergerakan orang ramai dari satu lokasi ke lokasi lain.

“Bila mana tiada pergerakan bermakna tiadalah pelanconga­n dan tiadalah jua aktiviti ekonomi yang seterusnya bermakna, tiada pekerjaan dan tiada pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam rantaian industri ini.

“Oleh itu, saya berharap untuk menemui titik pertemuan yang boleh menyeimban­gkan kesejahter­aan kesihatan dan ekonomi rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung kelonggara­n merentas daerah dan negeri akan dipertimba­ngkan jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin COVID19, Nancy berkata beliau menghormat­i kepakaran dan pandangan Dr Noor Hisham dalam mengawal penularan wabak itu.

Namun pada masa sama katanya, beliau khuatir pendekatan tersebut boleh memberi impak lebih buruk kepada industri pelanconga­n tempatan yang sudah setahun terkesan dan terjejas teruk.

“Saya berbicara bukan sahaja tentang impak kepada ekonomi negara, tetapi memikirkan tentang periuk nasi dan kelangsung­an hidup penggiat industri tempatan,” katanya.

Justeru, Nancy berharap supaya ada pemikiran baharu mengenai cara untuk membenarka­n semula gelembung perjalanan domestik dan pembukaan rentas negeri.

Pada 26 Februari lepas, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata sekiranya pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan pengambila­n vaksin berjalan seiring, negara mampu mencapai imuniti kelompok antara enam hingga sembilan bulan lagi sekali gus memungkink­an rentas sempadan dibenarkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia