Utusan Borneo (Sarawak)

Media berperanan seiring dasar kerajaan

Bantu tingkatkan kesedaran terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

-

KOTA KINABALU: Pengamal media berperanan dalam meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Peter Tong Ah Pin berkata, seiring dengan dasar kerajaan, pihak media perlu bersama dalam usaha meningkatk­an kesedaran rakyat tentang pentingnya program berkenaan.

“Pihak media di negeri ini memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan program dan pelaksanaa­n dasar kerajaan dapat dilakukan dengan efektif.

“Jaringan pihak media sama ada media rasmi kerajaan mahupun swasta perlu diperkukuh­kan untuk memastikan kelancaran penyampaia­n maklumat terus kepada rakyat sekali gus memudahkan implimenta­si dasar kerajaan di negara ini.

“Sebagai contoh, informasi mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarka­n oleh kerajaan perlu sampai kepada rakyat bagi memastikan program ini berjaya dilaksanak­an sekali gus membendung penularan pandemik COVID-19 di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, tugas pihak media sangat mencabar terutamany­a semenjak awal penularan wabak COVID-19 yang menyaksika­n pembudayaa­n gaya hidup serta norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai rombongan kunjungan hormat ke beberapa agensi media tempatan baru-baru ini.

Hadir menyambut rombongan ialah Pengerusi Asia

Times Sdn Bhd Datuk Tiong Tan Hua dan Ketua Editor Sin Chew Daily Lee Shaw Yun.

Program Imunisasi COVID-19

Kebangsaan fasa pertama yang dirasmikan pada 24 Februari 2021 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyasarka­n petugas barisan hadapan sebagai golongan pertama menerima vaksin Pfizer keluaran Amerika Syarikat. — Penerangan

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Peter (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Lee (tiga kiri).
CENDERAHAT­I: Peter (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Lee (tiga kiri).
 ??  ?? BINCANG: Tiong (dua kiri) berbincang dengan Peter (tengah) dalam sesi kunjungan hormat ke Asia Times.
BINCANG: Tiong (dua kiri) berbincang dengan Peter (tengah) dalam sesi kunjungan hormat ke Asia Times.
 ??  ?? PERCETAKAN: Joe Tiong (kiri) menerangka­n proses pencetakan akhbar Asia Times kepada rombongan.
PERCETAKAN: Joe Tiong (kiri) menerangka­n proses pencetakan akhbar Asia Times kepada rombongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia