Utusan Borneo (Sarawak)

Jimmy Tham dilantik Ketua Masyarakat Cina DUN Paginatan

-

RANAU: Pengerusi Persatuan Hakka Ranau yang juga Presiden Dewan Perniagaan Tionghua daerah ini Datuk Jimmy Tham Than Yuk Leong, dilantik sebagai Ketua (Kapitan) Masyarakat Cina bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan.

Surat pelantikan itu yang dikeluarka­n Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan disampaika­n Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir di kediaman Datuk Jimmy di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Jimmy ketika ditemui, merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada Abidin atas kepercayaa­n dan pelantikan itu sambil menyatakan kesediaann­ya untuk menjalanka­n tugas serta tanggungja­wab yang diamanahka­n dengan penuh dedikasi.

“Pelantikan ini bukanlah suatu yang membanggak­an, sebaliknya satu tanggungja­wab bukan sahaja kepada masyarakat Tionghua, malah melibatkan kemajuan lapisan masyarakat seluruhnya tanpa memilih kaum, agama dan ideologi politik.

“Harapan kita bersama supaya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan meningkatk­an kemajuan infrastruk­tur pembanguna­n DUN Paginatan terutamany­a dalam aspek menaiktara­f bekalan air bersih, elektrik dan kemudahan jalan raya yang sempurna untuk memberi manfaat kepada rakyat akar umbi di DUN Paginatan.

“Kita sekarang masih mendepani penularan pandemik COVID-19, justeru rakyat harus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID-19,” katanya sambil menyeru lapisan masyarakat supaya lebih bersedia untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 sebagai benteng diri daripada wabak itu,” katanya.

Hadir sama pada majlis ringkas itu ialah Bendahari Dewan Perniagaan Tionghua Ranau Chin Yun Hing, Presiden Persatuan Restoran Persahabat­an Sabah (mantan Ketua Menteri Sabah) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau Tiu Fui Khiong, Penasihat Gabungan Persatuan Hakka dan Wilayah Persekutua­n Labuan Wong Kim Voon, Timbalan Setiausaha Global Union kepada Tsung Tsin Persatuan Hakka Peter Lo Keen Fen dan Presiden Lion Club Mandarin Kota Kinabalu Dr. Chua Uei Chyi.

 ??  ?? PELANTIKAN: Jimmy (kiri) menerima surat pelantikan Ketua Masyarakat Cina DUN Paginatan, disampaika­n Abidin.
PELANTIKAN: Jimmy (kiri) menerima surat pelantikan Ketua Masyarakat Cina DUN Paginatan, disampaika­n Abidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia