Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Ranau dan Kundasang sudah bersedia terima imunisasi

-

RANAU: Sudah 95 peratus warga daerah ini dan Kundasang bersedia menerima suntikan vaksin COVID19 bagi memutuskan rantaian wabak itu yang kini masih menular seluruh dunia.

Ramaiyangd­itemuimemu­ji kerajaan Malaysia kerana dapat memperoleh vaksin berkenaan dengan cepat dan teliti untuk mendepani wabak COVID-19 yang belum pasti bila akan berakhir.

“Dengan adanya vaksin itu sedikit sebanyak dapat mengekang penularan wabak itu yang sukar dilihat dengan mata kasar kita,” kata Jailey Paidi, 46, dari SMK Ranau turut disokong Saimon Ansiu, 58, dari Kg. Nunuk Ragang Ranau.

“Saya pun sudah bersedia untuk menerima suntikan vaksin berkenaan pada bilabila masa,” kata Suhainin @ Mawi Lasin, 40, dari Kg. Paka Dua Ranau yang juga sependapat dengan rakannya

Jaharin Angku, 49, dari Kg. Maukab Ranau.

Bagi Er Yian Aun, 52, dari Kg.Lohan 1 Ranau berkata, rakyat akar umbi seharusnya yakin diri dan tidak was-was serta bersedia untuk menerima suntikan vaksin berkenaan, kerana sudah ramai yang diimunisas­i termasuk Perdana Menteri Malaysia sendiri serta para pemimpin yang lain termasuk petugas barisan hadapan.

Seorang lagi yang sempat ditemui, Felorah Faye Fabbei, 22, dari Kg. Muhibbah Ranau, turut menyeru orang ramai agar menerima dan bersedia untuk memanfaatk­an imunisasi itu sebagai benteng diri daripada jangkitan COVID-19.

“Ingat tu, ‘Lindung Diri, Lindung Semua’,” katanya.

Menurutnya, Pfizer BioNTech dari kilang Puurs Belgium itu tidak sepatutnya diragui atau ditakuti kerana sudah melalui pelbagai peringkat pengesahan dan penelitian antarabang­sa sebelum diedarkan seluruh dunia termasuk Malaysia.

 ??  ?? JAHARIN
JAHARIN
 ??  ?? ER YIAN
ER YIAN
 ??  ?? FELORAH
FELORAH
 ??  ?? JALEY
JALEY
 ??  ?? SAIMON
SAIMON
 ??  ?? SUHAININ
SUHAININ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia