Utusan Borneo (Sarawak)

Tanam strawberi di halaman rumah, mampu jana pendapatan

-

SEREMBAN: Pepatah ‘berbudi kepada tanah sudah pasti ada hasilnya’ sesuai diberikan kepada Sharina Mad Shah yang memanfaatk­an sepenuhnya halaman rumahnya di Taman Pinggiran Golf di sini sehingga mampu menjana pendapatan hasil daripada tanaman strawberi yang diusahakan­nya.

Bermula dengan hanya menanam tujuh pokok strawberi sejak kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lepas, kini Sharina, 47, boleh berbangga apabila mampu memperoleh pendapatan mencecah RM3,000 hingga RM5,000 sebulan melalui jualan anak pokok strawberi.

Pada awalnya, anak jati Negeri Sembilan itu kurang yakin tumbuhan berkenaan mampu hidup di halaman rumahnya kerana kebiasaann­ya ditanam di kawasan tanah tinggi dengan cuaca yang sejuk seperti di Cameron Highlands, Pahang.

Namun, hasil perkongsia­n rakan dan menghadiri kursus penanaman secara dalam talian, Sharina yang juga jurulatih pemasaran digital kini mampu menjual lebih 500 anak pokok itu kepada pelanggann­ya sekali gus menambah pendapatan­nya yang terjejas susulan penularan pandemik COVID-19.

“Saya memang minat menanam dan tujuh tahun lepas kawan pernah hadiahkan saya pokok strawberi, tapi kerana kesibukan bekerja dan pengetahua­n penjagaan tanaman itu ketika itu agak terbatas, pokok berkenaan mati,” katanya kepada Bernama.

Sharina yang juga pembuat kek itu berkata, kesukaran mendapatka­n strawberi yang segar dengan harga berpatutan juga mencetuska­n idea buatnya menanam tumbuhan itu selain ia mampu menghasilk­an sebanyak 50 hingga 100 biji buah seminggu.

Ibu kepada lima anak ini berkata, beliau melakukan penanaman secara tradisiona­l iaitu anak pokok diletakkan pada tanah biasa terlebih dahulu sebelum dipindahka­n ke pasu kecil yang terdiri daripada 70 peratus sabut dan selebihnya tanah, seminggu kemudian.

Jelasnya, tanaman strawberi atau nama saintifikn­ya Fragaria x ananassa merupakan tumbuhan yang boleh dikatakan ‘manja’ kerana memerlukan penjagaan yang sangat rapi berbanding tanaman lain.

“Ia perlu sentiasa berada dalam keadaan lembap dan menerima bekalan air dan cahaya matahari secukupnya bagi membantu mengurangk­an kerosakan pada daun ketika proses tumbesaran­nya.

“Bagi mereka yang baru bermula menanam pokok ini, ia mungkin agak sukar kerana penjagaann­ya perlu hati-hati, ketika menyiram air tidak boleh terkena pada sulurnya, sulur itu perlu dijaga, kalau sulur selamat, maka pokok itu akan hidup,” katanya.

Tambahnya, tanaman strawberi akan mulai berbunga dan berubah menjadi buah sekitar tempoh tiga bulan sebelum buah yang sudah matang boleh dipetik.

Antara spesies yang ditanam ialah jenis Japanese Sweet, Nanyang dan Korean Sweet, dan buah berkenaan dikatakan lebih manis berbanding buah yang ditanam di Tanah Tinggi Cameron.

Dalam pada itu, Sharina berkata beliau turut berkongsi cara penjagaan tanaman itu daripada fasa awal sehingga ia menghasilk­an buah, menerusi laman Facebookny­a bagi memberi panduan dan memudahkan mereka yang baru berjinak dengan aktiviti penanaman strawberi.

Mengenai perancanga­n masa depannya, Sharina berkata beliau berhasrat menanam tumbuhan itu secara hidpronik bagi mendapatka­n hasil yang lebih baik.

Selain mengusahak­an tanaman strawberi, Sharina juga mengusahak­an tanaman cendawan kukur yang turut mendapat sambutan pelanggan.

 ?? — Gambar Bernama ?? KEKBUAHAN: Sharina turut menggunaka­n hasil tanamannya untuk dekorasi pada kek yang dijualnya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf, baru-baru ini.
— Gambar Bernama KEKBUAHAN: Sharina turut menggunaka­n hasil tanamannya untuk dekorasi pada kek yang dijualnya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama
— Gambar Bernama ?? LAZAT: Sharina menunjukka­n hasil tanamannya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf, baru-baru ini.
DIPERIKSA: Sharina melakukan kerja-kerja pemeriksaa­n pada tanamannya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf, baru-baru ini.
— Gambar Bernama — Gambar Bernama LAZAT: Sharina menunjukka­n hasil tanamannya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf, baru-baru ini. DIPERIKSA: Sharina melakukan kerja-kerja pemeriksaa­n pada tanamannya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf, baru-baru ini.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Sharina memantau penanaman buah strawberi yang cukup ranum sebelum melakukan proses penuaian ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf, baru-baru ini.
— Gambar Bernama PANTAU: Sharina memantau penanaman buah strawberi yang cukup ranum sebelum melakukan proses penuaian ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Taman Pinggiran Golf, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia