Utusan Borneo (Sarawak)

Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar

-

LANGKAWI: Membeli sayuran dan buah-buahan di pasar mungkin sudah biasa, namun alangkah seronoknya, jika pelanggan dapat terus memetik sayur seakan-akan berada di kebun sendiri.

Itu kelainan yang ditawarkan di Lang Agro Park, sebuah ladang berkonsepk­an agropelanc­ongan di Ulu Melaka di sini, sejak setahun lepas.

Pengarah Urusan Lang Agro Sdn Bhd Naira Azlin Mat Nasim berkata, ladang berkeluasa­n 2.4 hektar dibuka pada Januari 2020 itu kini semakin mendapat sambutan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatka­n sayuran serta buah-buahan segar.

“Ladang integrasi ini dibahagika­n mengikut plot seperti sayuran berbuah, sayuran berdaun, buahbuahan dan kolam ikan tilapia. Ada kira-kira 50 jenis sayuran dan buah-buahan di ladang ini antaranya terung, sawi kerinting, timun, jagung mutiara, kangkung, golden melon, markisa dan buah tin.

“Lang Agro Park yang pertama mempopular­kan konsep datang dan petik sendiri sayuran dan buahbuahan di Langkawi. Kita dapati pelawat yang datang bersama ahli keluarga seronok dapat petik sendiri hasil di ladang ini, satu pengalaman yang mengujakan buat mereka,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Naira Azlin berkata sayuran dan buah-buahan di ladang tersebut boleh dituai mengikut jangka masa tertentu dan apabila hampir waktu untuk dituai, hebahan menerusi laman sosial Facebook akan dilakukan.

“Kangkung mengambil masa kirakira dua minggu untuk dituai, selain itu bayam (dua minggu), sawi kerinting (empat minggu) dan terung (dua bulan). Apabila tiba waktu yang sesuai kita akan hebahkan kepada orang ramai.

“Sejak dibuka kepada orang ramai, sambutan diterimasa­ngatmengga­lakkan, malahan kadangkala permintaan sangat tinggi,” kata lepasan Program Inkubator Usahawan Belia Tani Jabatan Pertanian Malaysia itu.

Naira Azlin berkata, selain jualan terus kepada pelanggan, pihaknya turut membekalka­n sayuran dari ladang tersebut kepada pasar raya dan kedai runcit sekitar Langkawi.

“Bekalan sayuran di Langkawi kebanyakan­nya dibawa dari tanah besar dan sejak ladang ini dibuka kita sudah dapat tampung kirakira 40 peratus permintaan pasaran di pulau ini,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SEGAR: Pekerja Lang Agro Park, Nurul Wahida Samsul menunjukka­n sayuran yang dituai di ladang yang terletak di Ulu Melaka, ketika ditemui baru-baru ini.
— Gambar Bernama SEGAR: Pekerja Lang Agro Park, Nurul Wahida Samsul menunjukka­n sayuran yang dituai di ladang yang terletak di Ulu Melaka, ketika ditemui baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Dua pekerja Lang Agro Park, Ariff Fitri Azizan dan Nurul Wahida Samsul membersihk­an sayuran yang dituai di ladang yang terletak di Ulu Melaka, ketika ditemui baru-baru ini.
— Gambar Bernama TELITI: Dua pekerja Lang Agro Park, Ariff Fitri Azizan dan Nurul Wahida Samsul membersihk­an sayuran yang dituai di ladang yang terletak di Ulu Melaka, ketika ditemui baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia