Utusan Borneo (Sarawak)

PKR tidak tergugat dengan peletakan jawatan Sng

Dominique Ng yakin PKR Sarawak tidak akan tergugat

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak tidak tergugat dengan peletakan jawatan Larry Sng sebagai pengerusi PKR negeri.

Ketua PKR Cabang Bandar Kuching Dominique Ng berkata secara peribadi beliau kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Julau itu.

“Peletakan jawatan Larry telah disahkan parti. Sebab peletakan, saya rasa perlu tanya sendiri dengan beliau.

“Peletakan jawatan Larry telah disahkan parti. Sebab peletakan, saya rasa perlu tanya sendiri ” dengan beliau.

Dominique Ng

Ketua PKR Cabang Bandar Kuching

“Tetapi secara peribadi tindakan ini adalah mengecewak­an saya dan juga parti secara keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa di sini semalam.

Terdahalu Ng hadir menyampaik­an bantuan berupa tilam, bantal dan makanan keperluan asas kepada mangsa banjir di kampung tersebut.

Ng dalam pada itu yakin PKR Sarawak tidak akan tergugat dengan peletakan jawatan Sng dan mampu mengatasi situasi berkenaan.

“Seperti kata Setiausaha PKR Negeri (Joshua Jabeng), pemimpin datang dan pergi.

Tetapi perjuangan kita masih komited kepada rakyat,” katanya.

Mengenai agihan bantuan tersebut, ia katanya disampaika­n kepada semua penduduk yang terjejas di kampung itu tanpa kira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Meskipun PKR katanya, tidak bertanding di Batu Kawa namun bantuan tetap diberikan kepada penduduk yang memerlukan.

“Kampung Sinar Budi Baru ini telah tiga kali dilanda banjir kilat. Kita berterima kasih kepada penderma yang membantu dalam agihan bantuan ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Wanita PKR Cabang Bandar Kuching Cherishe Ng berkata seramai 150 isi rumah dari kampung tersebut menerima bantuan berkenaan.

Setakat ini katanya, lebih 3,000 keluarga di seluruh Sarawak telah dibantu PKR Sarawak sekali gus menolak dakwaan PKR tidak melakukan apa-apa bagi membantu rakyat.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Ng (dua kiri) menyerahka­n bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa. Turut kelihatan Cherishe (tiga kiri).
RINGANKAN BEBAN: Ng (dua kiri) menyerahka­n bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa. Turut kelihatan Cherishe (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia