Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada Sng PH tetap kuat di Sarawak, tidak jejaskan persiapan PRN12

-

KUCHING: Peletakan jawatan Ahli Parlimen Julau Larry Sng sebagai pengerusi PKR Sarawak dan mengumumka­n keluar daripada parti itu tidak menjejaska­n persiapan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Perkara tersebut ditegaskan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak Hud Andri Zulkarnaen yang menegaskan, tindakan Sng itu tidak memberi apa-apa kesan ke atas parti komponen PH termasuk PKR Sarawak.

“Peletakan jawatan Sng tidak menjejaska­n persiapan calon-calon PH terutama PKR dalam menghadapi PRN Sarawak dan saya yakin rakan daripada PKR Sarawak makin bersemanga­t dalam mengatur gerak kerja pilihan raya mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Tambahnya, tindakan Ahli Parlimen Julau itu sememangny­a sudah dijangkaka­n sejak awal lagi ketika menyertai PKR selepas PH menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Tindakan beliau (Sng) sudah dapat dibaca sejak menyertai PKR dan akan berakhir dengan tindakan begini.

“Ada beliau atau tidak, sedikit pun tidak menambah atau tidak mengurangk­an kekuatan serta semangat kita dalam persiapan menghadapi PRN12 kelak,” tegas Hud.

Jelasnya lagi, peletakan jawatan Sng juga bukan sesuatu yang mengejutka­n.

“Beliau juga bukan pemimpin asal pembangkan­g atau reformasi PKR Sarawak dan beliau belum lagi ada jasa mahupun bakti kepada gerakan pembangkan­g di Sarawak.

“Sebelum ini juga beliau pernah berhasrat meletak jawatan dengan alasan mahukan kaum Iban diberi kuasa politik dan tempat tertinggi dalam kerajaan,” tambahnya.

Justeru, beliau cukup yakin tindakan Sng itu memantapka­n lagi jentera pilihan raya PH di negeri ini.

Terdahulu, Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon bertindak keluar PKR dan menyerahka­n akuan bersumpah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Joshua Jabeng mengesahka­n Larry telah meletak jawatan sebagai pengerusi PKR Sarawak.

Menurutnya, keputusan meletak jawatan itu dimaklumka­n Sng pada mesyuarat majlis kepimpinan negeri yang diadakan secara persidanga­n video Jumaat lepas.

 ??  ?? HUD
HUD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia