Utusan Borneo (Sarawak)

Setiausaha PKR Sarawak sahkan peletakan jawatan Larry Sng

-

KUCHING: Ahli Parlimen Julau Larry Sng meletakkan jawatan sebagai pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Perkara ini disahkan Setiausaha PKR Sarawak Joshua Jabeng ketika dihubungi semalam.

Katanya, keputusan meletak jawatan itu dimaklumka­n Sng pada mesyuarat majlis kepimpinan negeri yang diadakan secara persidanga­n video, Jumaat lepas.

“Ia adalah sah. Beliau (Sng) bebas untuk membuat langkah seterusnya,” katanya sambil menambah, ia adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi untuk pemimpin datang dan pergi,” katanya.

Ditanya sebab peletakan jawatan Larry, Joshua percaya ia berikutan persepsi kepimpinan­nya telah memberi kesan negatif kepada PKR Sarawak.

Sng sebelum ini pernah mengumumka­n untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi PKR Sarawak bagi memberi laluan kepada pemimpin Dayak memimpin parti.

Hasrat tersebut bagaimanap­un dipertimba­ngkan semula oleh beliau selepas perbincang­an dengan pemimpin PKR Sarawak.

Dalam pada itu, Joshua menerusi kenyataan Sabtu lepas meminta semua ahli parti kekal bertenang dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan PKR negeri.

“Fokus kita sekarang adalah membantu rakyat yang bergelut dengan pandemik COVID-19.

“Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mendengar dan memihak cadangan kepimpinan kolektif kita untuk memimpin Majlis Pimpinan Negeri (MPN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) kelak,” katanya.

Joshua turut berterima kasih kepada semua pemimpin MPN negeri, ahli dan penyokong atas kesetiaan dan komitmen mereka kepada parti.

 ??  ?? JOSHUA
JOSHUA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia