Utusan Borneo (Sarawak)

PKR tidak seharusnya terima penyertaan tiga ADUN AMANAH: Aminolhuda

-

JOHOR BAHRU: Atas semangat setia kawan, PKR tidak seharusnya menerima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada AMANAH untuk menyertai parti itu, kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata, ini kerana tindakan PKR menerima penyertaan ahli AMANAH itu akan menimbulka­n pelbagai persepsi antara parti-parti komponen dalam PH.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ADUN Senggarang Khairuddin A Rahim, ADUN Serom Dr Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota Muhamad Said Jonit yang meninggalk­an AMANAH untuk menyertai PKR.

Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani dan Ketua Pembangkan­g itu berkata, pihaknya tidak menerima sebarang makluman atau surat rasmi daripada tiga ADUN itu, berhubung perkara itu.

“Bagaimanap­un, kita akan serahkan perkara ini kepada kepimpinan AMANAH Nasional untuk mengambil tindakan selanjutny­a,” katanya kepada BERNAMA ketika ditanya mengenai status keahlian ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Meskipun keputusan itu dilihat ‘mengecewak­an’ pihaknya, Aminolhuda menjelaska­n ia tidak akan menjejaska­n hubungan dalaman PH atau antara PKR dan AMANAH.

Semalam, Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad mengesahka­n, tiga ADUN berkenaan meninggalk­an parti itu untuk menyertai PKR.

Dengan perkembang­an terbaharu itu, AMANAH mempunyai enam kerusi DUN, PKR (tujuh), DAP (14), Barisan Nasional (16), BERSATU (12) dan PAS (satu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia