Utusan Borneo (Sarawak)

Dua Ahli Parlimen pembangkan­g serah SD sokong kerajaan PN

-

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen pembangkan­g daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menyerahka­n akuan bersumpah (SD) yang ditandatan­gani mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasminya berkata akuan bersumpah itu diserahkan oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon.

“Akuan bersumpah itu ditandatan­gani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya,” katanya.

Beliau yang melahirkan rasa syukur berkata sokongan itu tentunya akan mengukuhka­n lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancanga­n untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkita­n semula ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia