Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk lega Matu kembali berstatus Hijau

Kebimbanga­n mereka untuk mendapat jangkitan COVID-19 kini sudah agak berkuranga­n

- Oleh Mohamad Achil Norrlatrp

“Saya amat lega kini kerana Matu sudah diisytihar Zon Hijau, jadi kurang ” berisiko.

Osmar Alwi

Kru operator feri Batang Igan

MUKAH: Pertukaran status Hijau bagi daerah Matu untuk kawasan COVID-19 beberapa hari lalu dilihat sangat melegakan penduduk.

Salah seorang kru operator feri Batang Igan Osmar Alwi mengatakan kebimbanga­nnya untuk mendapat jangkitan COVID-19 seiring dengan risiko pekerjaann­ya kini sudah agak berkuranga­n.

“Saya amat lega kini kerana Matu sudah diisytihar Zon Hijau, jadi kurang berisiko,” katanya kepada Utusan Borneo.

Tidak seperti tempoh hari ketika peningkata­n kes di Matu, beliau serta rakan sekerja lain berasa amat bimbang.

Ini kerana setiap hari mereka terpaksa berdepan dengan ramai orang yang menggunaka­n perkhidmat­an tersebut tidak mengira sama ada dari seluruh Mukah atau Sarawak.

Ketika itu katanya, kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan sama ada dengan sabun dan air atau dengan pensanitas­i tangan amat kerap dilakukann­ya.

Sementara itu, salah seorang peniaga gerai makanan Ba’yah Mohd Sapawi juga menyatakan pendapat yang sama apabila Matu kini kembali berstatus Hijau.

Keadaan ini akan meningkatk­an keyakinan pelanggan untuk kembali seperti hari biasa tanpa ada rasa bimbang.

“Saya amat berharap selepas ini akan ramai pelanggan ke kedai saya dan peniaga lain,” ujarnya.

Selain itu, para belia serta masyarakat secara keseluruha­nnya juga dapat melakukan aktiviti riadah seperti kebiasaan tanpa rasa bimbang.

Daerah Matu diisytihar­kan Zon Hijau oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada 25 Februari lalu.

Ini setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan selama 14 hari di daerah berkenaan.

 ??  ?? BA’YAH
BA’YAH
 ??  ?? OSMAR
OSMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia