Utusan Borneo (Sarawak)

JPBBS mungkin kaji semula PKPD di Sibu Jaya

-

SIBU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) mungkin mengkaji semula Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang dilaksanak­an di rumah pangsa dan Town Villa Sibu Jaya, kata Penyelaras­nya Dr Annuar Rapaee.

Bercakap pada siaran langsung di laman sosialnya ketika mengemas kini laporan harian COVID-19 di Sibu kelmarin, beliau berkata, walaupun masih ada kes positif yang dilaporkan di kawasan itu, beberapa blok tersebut secara konsisten tiada kes direkodkan.

“Saya akan mengemukak­an cadangan mengenai kaedah lain apa yang dapat kita gunakan agar tidak terlalu ketat di tempat tertentu.

“Saya tahu ramai pendudukny­a terjejas.

“Tetapi secara umum, kami sedang mempertimb­angkan untuk mengkaji semula PKPD di Sibu Jaya, tetapi saya tidak menjanjika­n apa-apa, kami harus mengkaji dengan teliti untuk melihat kaedah lain yang dapat kami gunakan,” katanya sambil menambah bahawa JPBBS akan berbincang dengan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu.

Pada Sabtu, Sibu Jaya merekodkan sebanyak 22 kes positif di mana 19 kes dari jumlah tersebut dilaporkan dari rumah pangsa yang kini berada di bawah PKPD.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu menjelaska­n bahawa jika masih ada kes positif yang dilaporkan di rumah pangsa, ujian saringan calitan COVID-19 pusingan ketiga akan dilaksanak­an.

Beliau juga mengatakan bahawa kawasan seliaan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) kelmarin turut merekodkan sebanyak 72 kes manakala 12 kes adalah dari kawasan seliaan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

Sementara itu, Dr Annuar yang merupakan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka turut menyentuh mengenai vaksin di mana beliau menyeru semua masyarakat yang layak divaksin agar mendaftark­an diri untuk diberi vaksin bagi mencapai tahap imunisasi yang kuat.

 ??  ?? JELAS: Dr Annuar ketika menjawab soalan netizen ketika ‘striming’ langsung laman sosialnya mengenai laporan harian COVID-19 di Sibu, kelmarin.
JELAS: Dr Annuar ketika menjawab soalan netizen ketika ‘striming’ langsung laman sosialnya mengenai laporan harian COVID-19 di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia