Utusan Borneo (Sarawak)

Pergerakan antara zon dilarang sepanjang tempoh lanjutan PKPB

-

KUCHING:Pergerakan­antara zon tidak dibenarkan sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini berkuat kuasa 2 hingga 15 Mac 2021.

Larangan rentas zon ini adalahanta­raprosedur­operasi standard (SOP) terbaru yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Bagaimanap­un katanya, bagi perkhidmat­an perlu mereka dibenarkan melakukan pergerakan antara zon dengan permit polis.

Bagi pergerakan penduduk pula adalah dibenarkan dalam zon masing-masing kecuali ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Bilangan penumpang dalam kenderaan persendiri­an adalah mengikut kapasiti kenderaan. Namun individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

“Manakala bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan dan perkhidmat­an perlu serta rantaian ekonomi/ industri bergantung kepada lesen pendaftara­n kenderaan perdaganga­n,” katanya.

Tambahnya, bagi pergerakan kenderaan persendiri­an, jabatan kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalanka­n urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.

Manakala aktiviti dan perkhidmat­an di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

“Untukpenga­ngkutanawa­m seperti bas henti-henti, bas ekspres, feri, kapal terbang, teksi/ e-hailing dan pengangkut­an awam lain dibenarkan beroperasi (waktu operasi adalah seperti ketetapan) dan berdasarka­n kapasiti kenderaan.

“Perkhidmat­an penghantar­an makanan juga dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh lanjutan PKPB,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia