Utusan Borneo (Sarawak)

Jalani saringan COVID-19 jika pernah ke Wisma Samarindah Parking Lot

-

KUCHING: Orang ramai yang pernah datang ke Wisma Samarindah Parking Lot iaitu di kawasan Everrise lama Taman Samarindah di Kota Samarahan digesa menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Kota Samarahan hari ini.

Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan berkata, arahan tersebut termasuk individu yang terlibat dalam aktiviti sepak takraw di kawasan itu pada 19 hingga 23 Februari lalu, jam 5 hingga 7 petang.

“Anda dikehendak­i datang ke Klinik Kesihatan Kota Samarahan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 pada 1 Mac ini dari jam 9 pagi hingga 1 petang,” katanya dalam kenyataan di Facebook Pejabat Kesihatan itu semalam.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara itu boleh menghubung­i talian 082- 672101.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia