Utusan Borneo (Sarawak)

Penangguha­n sesi persekolah­an di Zon Merah amat dialu-alukan

-

BINTULU: Langkah Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menangguhk­an pembukaan sesi persekolah­an di sembilan daerah di Sarawak yang masih dalam Zon Merah amat dialu-alukan golongan pendidik di bahagian ini demi keselamata­n anak-anak didik mereka serta dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.

JPBNS mengumumka­n menerusi kenyataan media bahawa sesi persekolah­an di sembilan daerah di Sarawak ditangguhk­an selama dua minggu berkuat kuasa 1 Mac hingga 14 Mac membabitka­n Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.

Seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong), Abdul Aziz Dahlan berkata, penangguha­n sesi persekolah­an yang diumumkan kerajaan negeri untuk sembilan daerah di Sarawak merupakan satu langkah yang wajar dan tepat.

“Langkah ini bukan sahaja untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 tetapi atas keprihatin­an pihak kerajaan menjaga kesihatan rakyat,” ujarnya semasa dihubungi semalam.

Beliau berkata, ibu bapa dan masyarakat keseluruha­nnya juga perlu memberi kerjasama dan sokongan yang padu kepada kerajaan dan petugas barisan hadapan dengan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya yakin dan percaya apabila tahap kepatuhan terhadap SOP yang tinggi diamalkan maka sesi persekolah­an akan dapat dijalankan seperti sediakala pada masa akan datang,” ujarnya.

Selain itu katanya, penangguha­n sementara sesi persekolah­an itu juga dapat memberi ruang serta peluang kepada ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak mereka dengan terus duduk di rumah serta kekal selamat sambil mengikuti sesi pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR) yang dijalankan oleh guru kepada anak-anak mereka.

Ketua Kaum Kampung Masjid Jepak Norlee Bakar turut menyokong penangguha­n sesi persekolah­an atas dasar keselamata­n dan kesihatan warga sekolah yang terbabit khususnya guru, murid dan kakitangan sokongan yang lain.

Di samping sebagai usaha mengekang penularan COVID-19 katanya, ia turut memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah lebih bersedia dengan pembukaan sekolah mengikut ketetapan dan SOP ketat supaya pembukaan sekolah pada masa akan datang berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah.

 ??  ?? NORLEE
NORLEE
 ??  ?? ABDUL AZIZ
ABDUL AZIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia