Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Sentral Sibu kembali beroperasi mulai 1 Mac

-

SIBU: Pasar Sentral Sibu di Jalan Channel yang telah ditutup sejak 8 Februari lalu akan kembali beroperasi mulai 1 Mac (Isnin), kata Kaunselor Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Albert Tiang.

Pasar terbesar di Sarawak itu pada mulanya ditutup dari 8 hingga 14 Februari dan dibuka kembali pada 15 Februari, tetapi penutupann­ya dilanjutka­n sehingga 19

Februari berikutan jumlah kes positif COVID-19 yang terus meningkat melibatkan pasar berkenaan.

Namun, tempoh penutupan Pasar Sentral Sibu sekali lagi dilanjutka­n selama sembilan hari dari 20 hingga 28 Februari.

Pasar berkenaan yang menjual pelbagai jenis barangan menempatka­n 1,100 penjaja.

Tiang yang juga pengerusi

Jawatankua­sa Tetap Peniaga dan Penjaja Kecil MPS ketika dihubungi semalam berkata, para penjaja masih lagi terikat dengan tempoh berdagang mengikut giliran setiap hari.

“Operasi perniagaan penjaja yang mengikut giliran, biasanya kira-kira 500 peniaga akan beroperasi tetapi ramai yang akan mengambil cuti, jadi saya kira jumlahnya sekitar 400,” katanya.

 ??  ?? PASAR SENTRAL SIBU
PASAR SENTRAL SIBU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia