Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK Kampung Masjid Jepak bergotong-royong pasang papan tanda

-

BINTULU: Exco dan ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Masjid Jepak telah menjalanka­n kerja gotong-royong memasang papan tanda sumbangan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip semalam.

Kos pembuatan papan tanda itu disalurkan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak.

Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kaum Kampung Masjid Jepak Norlee Bakar menyatakan penghargaa­n dan terima kasih kepada Talib kerana telah menyumbang papan tanda tersebut khusus untuk Kampung Masjid Jepak.

“Kerja-kerja gotong-royong memasang papan itu telah berjalan lancar dan selesai dilaksanak­an pada hari ini (semalam) tanpa mengetepik­an

prosedur operasi standard (SOP) dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal bagi mengekang pandemik COVID-19,” ujarnya di sini semalam.

Justeru beliau berharap dengan adanya papan tanda itu akan memudahkan orang ramai terutama dari luar mengetahui kedudukan kampung itu di kawasan Jepak.

 ??  ?? KERJASAMA: Exco dan ahli JKKK Kampung Masjid Jepak bergotong-royong memasang papan tanda di tepi jalan Kampung Masjid Jepak semalam.
KERJASAMA: Exco dan ahli JKKK Kampung Masjid Jepak bergotong-royong memasang papan tanda di tepi jalan Kampung Masjid Jepak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia